Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Dah lama sy tak meng updatekan blog ni disebabkan kesibukan yang memanjang .....betul2 sy bzy..tapi demi memenuhi keinginan diri sendiri asyik dok terliur jer tengok orang post....Rupanya takadalah susah sangat nak membuatnya.....easy and fast dilicinkan..kikikiki...
Sy sediri pun cam kompunan jo..kebetulan hari Isnin lepas sy berpuasa..tapi bila balik rumah , loyang telah selamat dilicinkan dan siap dibasuh lagi...
Aduuuuhhhh...semangat betul anak2 mama makan...
Siap kakak Nini cakap "sedap sangat mama''....hehehhe...itu cukup melegakan, tapi memang gebu gebasla rotinya..masa panas2 dimakan memang sedap rasanya....sy cuma pegang lembut sangat..sebab berpuasa.
Apapun jom kita layan gambar dan resepi dibawah ini:- JOMMMMMMMMM!!!!!
Ini saya doublekan adunan sebab nak agihkan pd kaum kerabat sedikit sorang...kikikiki...
ROTI SARANG LEBAH
resipi : Lydia Honey
Doh:
2 cawan tepung gandum
1/2 Sudu teh dry yeast
1/4 Sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt, suhu bilik
¼ cawan minyak sun flower
1/2 cawan air suam
+-**Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch
jika suka
Cara:
1. Larutkan yeast dan
gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
2. Dalam mangkuk adunan, campurkan, garam, tepung gandum, baking powder dan
kacau sebati.
3. Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit
dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.
4. Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan
teruslah membelasah doh sehingga
tak lekat di tangan.
 |
Siap diuli.....berpeluh jugakla.... |
INGAT..cara ulinya jika tak ada BM adalah macam nak sental baju zaman dolu2
(zaman tak de washing machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak tarik
menggunakan penumbuk lagi bagus.
5. Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
6. Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau
tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON ok..Bila doh dah naik,
tumbuk2kan supaya keluar anginnya.
Setelah adunan naik 2x ganda..dalam 1/2 jam-40mnt
7. Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau
mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan
sedikit minyak.
8. Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan
tangan anda dengan minyak je.
9. Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh
rehat naik 2x ganda sekali lagi. Sementra menunggu doh naik ON kan over anda..
Setting 180-200C api atas bawah..(ikut oven anda gak ye..my oven suhu ni).
10. Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api
bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.
11. Time bako dalam 10-15 minit. Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan
butterscotch di atasnya.Sedia untuk dihidangkan.
NOTE:- 1) doh memang lembik.. Jsngan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda
dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2.2) No need perfect bulat sgt just lebih
kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.3) Make sure oven benar2
panas supaya ia lembut bak cotton.4) JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti
keras5) Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau
balut pinggan anda dengan plastic kemas2.
SOS BUTTERSCOTCH
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan whipping cream (kalau tak de boh jer susu cair)
secubit garam
1/2 tsp vanilla essence
25g butter
1.Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan gula perang, kacau selalu
sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
2. Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.
3. Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam
bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.
tada!!!!!! (Alamak !!!!terlupa nak rotate pulak!!!)
NOTA:- Pastikan semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat
hangus kalau di tinggalkan. Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas
sangat..
Berhati2, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau .