Sunday, 21 December 2014

Seri Muka Delima

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...semua berkeadaaan baik hendaknya semua...Saya Alhamdulillah masih diberi kekuatan oleh Allah untuk menjalan kan kewajipan sebagai hambanya...cuma kadang2 terleka...Astagfirullah ....


Semalam petang sy sediakan kuih kegemaran sy " seri muka" tapi saya mencuba resepi baru, selalunya saya menggunakan resepi turun temurun dari keluarga, tapi kali ni saja nak mencuba, dari blog maner saya kurang pasti, kerana sebenarnya dah lama menyimpan resepi ni, tapi baru terbuka hati nak mencubanya...dan sy olahkan sedikit mengikut kehendak saya yang gatal mengubahnya...tapi bahan kandungan asas masih dikekalkan, cuma cara pembuatan dan bahan sampingann shj diubah mengikut bahan2 dirumah yg ada.
Hasilnya tak mengecewakan pun...Alhamdulillah....

Jom layan gambar dan resepi..






Resepi diOlah : YY


SERI MUKA DELIMA


Bahan Lapisan Bawah
Sedikit Biji Sagu direndam dengan pewarna biru.

Pulut
2 cawan beras pulut(sy agak2 sahaja, ikut selera masing2 kalo sukakan lebh tebal pulut, bolehla dilebihkan) dimasak secara kukus atau masak biasa (kalau x nak ada kesan hangit dibawahnya eloklah dikukus sehingga masak.
Kemudian digaul dengan sagu tadi didalam loyang bersaiz 8" dan dikemaskan dan dipadatkan untuk diletak didalam periuk kukus semula.


 Bahan Lapisan Atas

Santan pekat 400ml
Gula 200gm
Tepung Kastard 100gm
Sedikit Esen Vanilla
Sedikit Pewarna Kuning
Telur 4 Biji

Cara2nya:-
1) Semua bahan diatas dicampurkan dan dipukul sedikit supaya tidak berketul dan dimasak diatas periuk sehiaggan berwap, kemudian ditutup api.
2) Semua bahan no. 1 tadi ditapis kedalam loyang pulut.
3) Kukus sehingga masak.
4) Bila dah sejuk, bolehla dipotong..(rasanya sedang2 saja, tak berapa manis, bagi saya sudak OK, bagi yg sukakakan manis bolehla ditambah sedikit gula lagi.)



No comments:

Post a Comment