Sunday, 26 October 2014

Prosperity Burger

Assalamualikum dan SAlam sejahtera...

Hari Ahad semalam sy tak masak nasi, disebabkan dah lama mengidam nak makan prosperity burger ala2 Mcd, sy tanya pd kawan2 sy yg tahu dimana ada jual daging dan roti oblong,(malas pulak nak menguli buat rotinya, padahal bukan susah sgt pung!!! :) susah jugak nak dapatkan area sini kalo tak keMydin USJ. Akhirnya sy dapat jugak di kawasan Puchong ni. resepi ini sy dapatkan dari Myresepi. tak rugi mencubanya memang sedap, kalau tak dipikirkan anak yg masih kecik Zamir ni, memang lagi kaw pedasnya sy buat..tak puas rasanya makan kalau tak pedas, alternatifnya sy letakkan sos cili semasa dilapisan roti.Sampaikan anak dara saya no.2 siap menjilat2 jarinya kata sedap sos prosperity, siap cakap "mama, kalo kuah tu ada lebih , simpan tau, nini nak makan..sedap!!!! :)" .meh kita tengok resepi ni, ramai juga blogger lain yg telah mencuba resepi ini.





Resepi Asal : My Resepi (Acik Yarn)

Prosperity Burger

Bahan2Nya :

2 sudu butter
tepung jagung(standby)
1 1/2 sudu tepung
1 biji bawang besar(potong dadu)
sebiji tomato (potong dadu)
seketul kiub ayam knors
2 cawan air
sedikit kicap pekat
sedikit sos cili/sos tomato
garam  gula secukup rasa
1 sudu lada hitam(tumbuk halus)*boleh lebihkan amaun ikut selera

Cara2Nya:

1))Cairkan butter dengan api kecil. Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang.
2)Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
3) Masukkan kiub ayam dan kacau.
4) Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili(amaun ikut suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati.
5) Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau.
6) Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa.
7) Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak.
8) Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat.Apabila sejuk sos akan lebih likat.9
9) Boleh dihidangkan semasa panas.Ermmm sedap..
Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jgn sampai hitam sgt, agak2 kecoklatan dah cukup.nanti tk cantik bile dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam.

Hiasan :
Bawang Besar (Yang bewarna kuning-Holland)

Salad
Mayonis
Cili Sos

No comments:

Post a Comment