Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Tuesday, 11 November 2014

Marble Coklat Cheese Kek

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera...


Mmmm....pagi ni saya sediakan satu jenis kek kegemaran saya, tapi ini adalah kali pertama saya mencuba resepi dari Evelyn. Cuma feveret saya ialah 'CHEESE'. kikiki...Saya tak nak menulis dan bercakap banyak, ..mood nak menaip, kaku...kerja kat opis tengah banyak..jomlah layan gambar dan resepi dari Evelyn ni.... tak menyesal pun ada cuba ni..sedap....
1/3 anak saya dah bawa pergi sekolah untuk jamuan akhir tahun, 1/3 bagi sorang sedikit rase dan 1/3 bahgian tuk family saya....macam tak cukup jer...macam sikit jer....takpalah rezeki yang ada kita agih2kan....jangan kedekut...semuanya dari Allah jua.. :) PEACE!!!



Cantik jer tengok kek ni...comel..lembut dan sedap...rasa pun sedang2 jer manis buahnya...



Cantik kan???? hihihihi


Resepinya bolehla nak jengah di bawah ni...

Resepi Asal :Evelyn Gemina
Di Try : Yusliza Yusoff

 Marble baked cheesecake

Bahan2nya

A
500g cream cheese
50g gula kaster
1 sk esen vanila (saya tambah)

B
230g whip topping cream (sy guna UHT whipping cream)

C
5 biji kuning telur

D
120g tepung gandum

E
1 biji parutan kulit lemon (saya skipkan)

F
5 biji putih telur
120g gula kaster
1 sk jus lemon (saya skip)

G
50g coklat
1sb susu segar


Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 150C. Sediakan loyang bulat bersaiz 9 inci, griskan & alaskan dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
2. Pukul bahan A hingga lembut & berkrim.


3. Masukkan B, pukul sebati. Masukkan bahan C, D & E, pukul lagi hingga sebati.

4. Pukul putih telur dari bahan F hingga berbuih. Masukkan bahan2 F yang lain & pukul hingga kembang.

5. Satukan adunan F dengan adunan cheese (langkah 3) tadi. Gaul hingga rata.

6. Cairkan coklat pada bahan G, masukkan susu segar & gaul rata. Ambil adunan tadi (langkah 5) sebanyak 200g & satukan dengan adunan coklat. Gaul rata.

7. Tuang 1/3 adunan cheese kedalam loyang. Kemudian, tuang pula 1/2 adunan coklat atas adunan cheese tadi. Tuang pula baki adunan cheese atasnya. Akhir sekali, tuang adunan coklat & lorekkan guna chopstick/pencungkil gigi untuk membuat bentuk marble.

8. Bakar kek guna kaedah waterbath selama 90 minit atau hingga kek masak pada suhu 150C.





Monday, 10 November 2014

KEK BUAH a.k.a FRUIT CAKE


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.......

Masa hari sabtu (08/11/2014) saya mencuba try error resepi kek buah ni..sebelum ni dah banyak kali cuba pelbagai resepi tapi cam tak berapa menarik minat dihati nak buat dan buat lagi...dan makan, dan makan lagi...hehehheh.....
Tapi resepi kali ni ada kelainan la.....nak makan dan makan lagi.....

 


Resepi ni sy ambik dari hana ni haaaa........sebulat2 sy copy and paste...malas betul nak menaip...hehheheh...apapun thanks a lot Hana..Orang lain dah lama buat , sy baru jer buat..hiihihi..


RESEPI KEK BUAH KUKUS
sumber rujukan : kak.sheila.spices journey

Bahan-bahan
· 250g butter @ seketul butter ( disarankan high quality butter)
· 350g gula pasir
· 60ml air panas
· 500g buah-buahan campuran (saya guna 250gm jo..x cukup stok)
· 3 biji telur gred A
· 350g tepung gandum*
· 1 sudu kecil cream of tartar*
· 2 sudu kecil soda bicarbonat* - hana letak 1 setengah je
· 1 sudu kecil serbuk buah pala/netmug* - hana x letak sbb xde stok (sy pun x letak, xda stok)
· 1 sudu besar susu pekat (sy x letak)
· 1 sudu besar sunquik (sy x letak)
· 1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara
·  Masak gula hingga keperangan dan masukkan air panas perlahan-lahan. Sebatikan. Masukkan butter sehingga cair kemudian masukkan buah-buahan campuran dan juga susu pekat dan sunquik. Kacau kemudian sejukkan.
· Ayak bahan-bahan yang bertanda *. Masukkan ke dalam adunan mix fruits tadi sedikit demi sedikit menggunakan senduk kayu sehingga sebati.
·  Mangkuk lain, pukul telur dan esen sehingga kembang dan masukkan perlahan ke dalam adunan kek dan gaul sebati menggunakan senduk kayu juga.
·  Alas loyang 7x7 dengan kertas baking. Sapukan butter keliling dan tuangkan adunan kek ke dalamnya.Tutup loyang dengan aluminium foil.
·  Kukus selama 4 jam untuk mendapat kelembapan yang diinginkan. (boleh dikukus 2 jam shj)
· Sejukkan kemudian potong. (Pastikan kek benar2 sejuk seeloknyer semalaman supaya kek dan buah tidak berderai dan padat ketika dipotong).

 

Cacat sikit terkena wap air kukusan, dah ditutup dengan kain tapi 4 jam tu membuatkan air menitik dari kain turun kebawah......




Hasil dalamannya setelah dibedah..kikiki....



Sedap2!!!! lain kali mesti buat lagik!!!!!

Tuesday, 4 November 2014

Vanilla Cup Cake

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Maaf 2,3 ari ni saya betul2 tak ada mood nak menaip, banyak cerita sebenarnya..tapi bagai angin lalu jer..inipun memaksa diri tuk mengupdate apa2 yang patut, tak nakla dibiarkan bersawang nanti apa pulak ckp tetamu2 yang datang menjengah..baru bukak blog dah berhabuk sawang tak nampak rupa...mmmm..sebenarnya saya kecewa minggu lepas sy ada buat order kek harijadi kanak2 berusia satu tahun , tapi hasilnya betul2 saya tak puas hati, disebabkan kesuntukan masa saya terpksa hantar pd customer dgn rupa mcm tu, gambar pun tak snap sebab sedih sgt..ikutkan memang tak nak hantar dekat customer nak buat lain, tapi dah lambat x cukup masa nak buat..itu yang buat sy kecewa sangat..  :'(

Sebenarnya kalo nak ikut entry byk benar sy boleh masukkan, banyak yang terpendam dalam ni..tapi tak post2 pun..yang baru jugak sy post..Banyak pulak sy celoteh benda yang tak berkait tghari ni....

Jom ikut saya layan resepi dari Kak Azie Kitchen ni..pasti menyengat selera anda semua.
Pagi tadi saya sediakan sarapan untuk anak sy cup cake Vanilla..Jom ikut saya, hasilnya moist dan gebu..
Saya suka! saya suka!!...hihihihi....

Jommmm!!!!!!





Easy, Delicious Homemade Vanilla Cupcakes
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
3/4 cawan  butter (6oz) - suhu bilik
3 biji telur - suhu bilik
2 1/2 cawan all purpose flour (saya guna tepung gandum)
1/2 sk garam
1 3/4 cawan gula kaster (kurangkan sedikit)
3 sk vanilla (boleh lebihkan)
1 1/4 cawan susu (saya guna buttermilk) 
2 1/2 sk baking powder

Cara cara:
Panaskan oven pada suhu 170C. 

Satukan dan ayak bersama tepung, garam dan baking powder.

Putar butter dengan kelajuan tinggi selama 30 saat. Masukkan gula dan putar sebati. Masukkan telur sambil terus diputar.

Masukkan tepung dan susu secara berselang seli dengan kelajuan perlahan. Kacau sebati.



Tuangkan adunan ke dalam cawan kertas 2/3 penuh dan bakar selama 15-18 minit (Sy bakar lbh kurang 30mnt)  sehingga kekuningan atau sehingga masak.


Sejukkan dalam 15 minit sebelum dikeluarkan dari loyang. Bila telah sejuk sepenuhnya, bolehlah dihias dengan frosting.







* Saya lebih suka biarkan kosong macam ini , cuma sy tambah kismis didalamnya....rasanya dah cukup sedap dengan bau butter dan susu....wangiiiiiiiiii semerbak.....

Sunday, 26 October 2014

Pandan Layer Kek

Assalamualaikum...

Cuti dua ari pada minggu lepas, saya gunakan waktu sebaik2nya dengan menghabiskan masa didepan mesin jahit dan dapur...dan dikesempatan itu sy gunakan dengan membuat Pandan Layer Kek. Dah lama saya tak buat kek ni, dulu pernah buat sekali, rasa macam tak menepati selera, sampai sudahnya hingga kehari ini, masih sama, tapi tiba2 hati tu kuat mengatakan nak makan!!!!! aih!!!tambah2 pulak, sekarang sy nengok macam dah fofular balik kek ni....dah jadi macam hot market pulak dikedai2 kek.. tu yg mcm bertambah2 perasaan nak buat tu..jenuhla sy mencari tepung Hoon Keow pewarna hijau @ putih, sampai 3 market sy pergi baru jumpa..bila time taknak ada jer sy tgk dirak...apalah nasib badan!!!!

Jom kita tengok resepi dibawah, tak lain dan tak bukan  dari Naz....kali ni memang sy puas hati dengan hasilnya superb walaupun rupa xdalah secantik mner, disebabkan tuannya tak sabar nak merasa kek nya, baru sejam perap dlm peti sejuk dah belasah...apa lah nasib badan..ingatkan mamanya saja yang laju dengan kek ni..rupanya anak2 pun sama ..dalam sehari dah abis dikerjakan kek yang bersaiz 9"ni.Alhamdulillah!!!!!! :)


 


PANDAN LAYER KEK
Untuk bahagian kek span sy menggunakan Resepi Chef Noraini , yang sy olah menjadikan kek Span Pandan.


 Kek Span Pandan

 Resepi Asal : Buku Resepi/Chef Noraini Zakaria (Kek Span Vanilla)

Bahan:
120gm Gula Kastor
10gm Ovallette
4 biji telur Grade A

130gm Tepung Kek*
1 sudu teh serbuk Penaik*
(Bahan bertanda* diayak bersama)

40gm Air
60gm minyak masak
1 sudu teh esen vanilla (sy gantikan 1 1/2 tbsp Pandan Emulco dan sedikit pewarna hijau)





Cara-Caranya:-
1) Griskan acuan kek bulat berukuran 8" @ 9:. Lapis dgn kertas serap minyak.Panaskan ketuhar pd suhu 180C (sy guna suhu 170C)
2) Satukan gula,ovallette, telur & bahan A kedalam mangkuk pengadun.Pukul dengan kelajuan untuk sebatikannya. Tukar kelajuan tinggi & dan pukul lagi hingga kembang selama 5 minit.
3) Perlahankan kelajuan dan tuangkan air & esen pandan emulco serta pewarna hijau. Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 5 minit lagi hingga adunan ringan dan gebu.
4)Masukkan minyak dan dikacau sebati.
5) Tuang adunan kedalam acuan. Bakar selama 45 minit.
6)Setelah masak, terlangkupkan agar tidak mendap.Setelah 5 minit, terbalikkan semula dan lorek tepinya dengan pisau dan keluarkan kek. Biarkan ia sejuk.

Manakala untuk Kastard Pandan sy gunakan cara Naz dari ovenkecil.blogspot.com. Terima Kasih yer naz kerana sudi mewar-warkan resepi ni...


KASTAD PANDAN

Bahan-bahan:
·1200 ml santan atau susu cair (sy guna santan lagi sedap)
· 1 cawan gula kastor
· 10 gm serbuk agar-agar
· 100 gm tepung Hoen Kwe warna putih/ warna hijau
· Secubit garam
· Perisa pandan dan pewarna hijau(kalau dah guna tepung Hoen Kwe yang bewarna hijau, pewarna hijau ni tak perlu)

Cara-cara:
1.Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masak sambil mengacau-ngacau adunan hingga likat. Kacau guna whisk jer.
2. Bila dah likat, tutup api. Jangan terlalu likat sangat sebab nanti susah nak layer pada kek.
** Kalau guna santan, santan tu tak perlu likat sangat. Santan biasa jer.



CARA MELAPIS KEK
1.Sedikan loyang. Lapik dasar loyang dengan plastik. Kalau tak nak lapik pun boleh juga.
2.Tuang sedikit kastad dan ratakan. Ambil sekeping kek dan letak di atas kastad tadi.
3.Kemudian tuang sedikit kastad lagi dan ratakan. Untuk bahagian tepi-tepi kek, sekiranya rasa susah nak masukkan kastad, boleh guna pipping bag. Pancitkan je kastad tu biar penuh di bahagian tepi-tepi kek.
4.Buat hingga habis kesemua lapisan kek dan kastad digunakan dengan bahagian atas sekali adalah lapisan kastad. 
5.Kemudian hentak-hentak manja sikit loyang tu biar padat kastad tu. Then biar kastad keras.
6.Bila dah keras, tarik sikit kastad dari tepi-tepi loyang. Nanti nampak kastad akan meregang dari tepi-tepi loyang. Terbalikkan dan keluarkan loyang dari kek kastad.
7.Hias ikut suka. Naz selalu sapu kek dengan fresh cream (yang telah kental) atau sapu dengan pipping gel dan taburkan kelapa parut kering.
8.Simpan beberapa jam di dalam peti sejuk sebelum dihidang sebab kek ni memang sedap dimakan sejuk.

NOTA & TIPS NAZ:
·Bagi yang kali pertama membuat kek ini, mungkin semasa melapis kek dengan kastad akan mengambil masa sedikit. Bila masa panjang, kemungkinan adunan kastad akan mula mengeras dan ini menyukarkan proses merata kastad pada kek. 
·Tapi, jangan khuatir... Kalau lihat kastad di dalam periuk tu mula mengental, just tambah sikit air biasa atau santan dan kacau kejap di atas api dapur. Nanti kastad tu akan cair semula. So bolehlah terus menyambung kerja-kerja melapis kek anda.

         Nota saya:
*Untuk setiap lapisan sy gunakan 4 senduk besar dirumah saya.(baru lapisan akan jadi cantik lepas ni kena reminder diri sendiri, takut lupa)
*Gunakan santan segar , rasanya akan lebih sedap
* Gunakan agar2 serbuk (*penting)










Wednesday, 22 October 2014

Blackforest Kek

Assalamualaikum,

Hari ini saya sediakan 1 resepi untuk tatapan anda semua yang sudi berkunjung ke blog saya....tak susah sebenarnya jika kita tahu kaedah cara yang betul untuk buat kek...

Harap anda semua sudi mencubanya....tak cuba tak tahu kan....???? kalo agak2 rasa susah meh tempah dekat saya...kikiki..Dulu cukup familiar blackforest kek ni, sekarang org dah mula makin melupakan bila dah macam2 jenis kek pesen sekarang ni....saya pun suker ajer dengan kek ni..tak jemu2 makan.... :)
Jom layankan resepi saya dibawah ini... :-





A) Kek Span Coklat
Resepi Asal : Chef Noraini Zakaria (Buku Kompilasi Hidangan Kek)

Bahan-Bahan
150gm gula kastor (saya kurangkan)
110gm Tepung kek*
20gm serbuk koko*
1 sudu teh serbuk penaik*   # Ayak semua bahan bertanda *

75gm Minyak Masak (saya selalu gantikan dengan minyak jagung/sayur)
15gm Ovallette
5 biji telur

60gm Air**
1 sudu teh emulco coklat** # bahan ini dicampur sekali**

Cara2Nya:-

Cara  membuat:
1.Griskan acuan kek.Lapis dengan kertas serap minyak.Panaskan ketuhar pada sushu 180 darjah celcius.
2.Gaul ovalette dan gula kastor dalam mangkuk adunan.Masukkan telur sebiji -sebiji sambil dipukul hingga sebati.
3.Kemudian masukkan bahan yang bertanda * sedikit-sedikit sambil dikacau.
4.Pukul dengan kelajuan perlahan selama 2 minit untuk sebatikan adunan.Tukar kepada kelajuan tinggi selama 5 minit hingga adunan kembang dan gebu.
5.Perlahankan kelajuan dan tuangkan air emulco coklat yang bertanda ** .Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 5 minit lagi.
6.Masukkan minyak masak dan gaul perlahan-lahan hingga sebati.
7.Tuang adunan ke dalam acuan.Bakar selama 45 minit.(Saya bakar guna suhu 170C)
8.Keluarkan kek dari ketuhar dan terlangkupkan.Setelah 5 minit, pusingkan pada kedudukan asal.Tujuannya supaya  kek tidak mendap.
9.Hiaskan kek.


Bahan B (hiasan):
1 liter krim putar (non-dairy whipping krim)
100gm coklat masakan | dihiris @ diparut nipis
10 biji ceri marachino
10 keping hiasan coklat (tak letak)
1 tin ceri hitam (saya guna filling bluberi dlm tin)
Sedikit jus oren (tak letak)

Cara membuat:
1.Kek span coklat dihiris dua bahagian.Ketepikan.
2.Pukul krim putar dengan kelajuan sederhana selama 5 minit  sehingga kembang dan gebu.(Bila kita terbalikkan tak jatuh) Simpan sebentar dalam peti sejuk.
3.Letakkan kek span di atas papan kek berukuran 10 inci.Renjis jus oren di atas lapisan pertama.(saya gunakan air blueberry didalam tin untuk disapu atas kek).Ambil sedikit krim putar dan sapukan atas kek tadi.Susun buah ceri hitam di atasnya.(saya bluberry filling...susah oooo..mau dapat ceri hitam dkt cni, kdg2 ada, kdg2 takdek,,)
4.Kemudian letak lapisan kek span kedua.Lakukan sama seperti lapisan pertama tadi.Hias tepinya dengan hiasan coklat atau coklat urai.
5.Guna beg piping dan bentukkan rosette dikeliling kek.Hias denagn ceri marachino dan coklat hiris mengikut kesukaan anda.... :)


* Aduh ...lupa pulak nk snap gmbo masa dah potong...sorry yerk!!!



Sunday, 19 October 2014

Chip Chocolate Muffin

Assalamualikum....

Semalam pagi ahad saya buatkan anak2 saya sarapan Muffin coklat..very simple ..
easy to do, easy to eat...hehehhehe...

Cepat jer hanis , camno senang buat nya cam tu jugala senang jo budak2 ni ngap...pejam celil.pejam celik tengok dulang dah tinggal kosong...Rugi tak buat senang ajer.....sedap pon sodap....


Resepi nya tak lain tak bukan dari Azie Kitchen la..mner lagi....



Rich Chocolate Chips Muffin
Oleh: Azie Kitchen

Bahan A
2 biji telur
1 cawan gula perang
100 ml susu segar
120ml minyak jagung
1/2 sk esen vanilla

Bahan B
190 gm tepung gandum
1 st baking powder double action
1/2sk baking soda
1/4 cawan serbuk koko
1/2 cawan choc chips (tinggalkan sedikit utk tabur)

Cara cara:
Satukan semua bahan A di dalam bekas dan kemudian ayakkan bahan B ke dalam bahan A. Gaul rata.



Tuang adunan dalam 3/4 penuh dan taburkan chocolate chips di atasnya. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C. Bakar selama 20 minit atau sehingga masak.





Hasil kuar dari oven.....memang menarik ni..letak banyak coklat chip lagi sodap...resepi ni ngam2 jer sesedap rasa...dah tak perlu kurangkan gula lagi..hehehhehe

Nota:
Jangan terlebih gaul untuk menghasilkan muffin yang sedap


Vanilla Rice Color Muffin



Semalam ahad yang sama juga , sambil tunggu coklat chip muffin masak, saya bancuh pulak tuk vanilla muffin, kak Azie letak coklat chip, tapi sebabkan saya nak kelainan, bagi anak2 saya makan meriah dan seronok dan tertarik, saya letakla..rice color..memang laju jer diaorng ambik makan yang vanilla ni....
Apapun terima kasih yerk Kak Azie, kak Azie ni memang tak kedekut ilmu.....

Hasilnya puas ler anak2 saya makan.....licin!!!!meh kita terjah resepi dibawah ni sambil2 tu boleh layan gambar2 yang ada....JOMMMMMMMM!!!!!!







Vanilla Rice Color  Muffin
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
125 gm tepung gandum - ayak dg baking powder
7 gm baking powder
75 gm minyak masak
75 gm susu sega
75 gm gula caster
1 biji telur B
1/2 sudu teh vanila
Sedikit chocolate chips - (saya gantikan dengan rice color didalam adunan dan tabur)

Cara cara:
Kacau sebati minyak, susu, gula, telur dan vanilla.
Masukkan sedikit demi sedikit tepung dan kacau sebati dengan menggunakan spatula sehingga tidak bergentel.

Masukkan ke dalam paper cup sebanyak 3/4 penuh. Tabur rice color di atasnya.


Bakar pada suhu 160C selama 30 minit atau sehingga masak.

Thursday, 16 October 2014

Pandan Swiss Roll

Assalam..bertemu kembali..Hari ni sy rase macam perut saya meragam ckit...tulah mulut tak boleh makan asam, dah lama saya tak makan asam jeruk sebab dah tak ada keinginin sejak mengandung anak no 2 lagi, kalau tak dulu dari zaman remaja sampai anak no.1 , memang saya hantu asam, tapi tak taulah kenapa beralih arah siring dengan peningkatan usia....Apapun yang saya nak bentangkan kali ni bertentangan dengan celoteh saya berkaitan asam..hehehheh.......kali ni saya cuba buat dan olah dari resepi Vanilla Swiss Roll, sy tukarkan jadi Pandan Swiss Roll..sedap jugak!!! puji diri sendiri..Adooiiii!!!!!!!
Apapun citarasa setiap orang berbeza, ada 1/2 orang tak suka macam ni, suka macam tu..takda sapa yang salah...ikut citarasa masing2 yerk!!!!!mulut lidah lain2...so..suka atilah...
Meh tengok bawah ni resepi yang sy gunakan..maaf....resepi nya tak dapat dikenal pasti dari mner..maaf yerk!!!! :(. Saya sebenarnya  tak berapa minat dengan swiss roll, tapi disebabkan hendak membuat puding triffle sy terjah la blog2 yg ada buat swiss roll. tapi hasinya memangnya sedap!!! terus pulak jatuh cinta dgn swiss roll ni..





Pandan Swiss Roll

Bahan-bahan
4 biji telur
75gm gula castor
1 st ovalet
60gm tepung superfine
1/2 st baking powder
10gm susu tepung
1/2 st esen vanilla
75gm mentege : cairkan

Cara2nya:-
1) Pukul telur, gula dan ovalet hingga kembang
2) Tambahkan tepung superfine, baking powder dan susu tepung (sebelum tu diayak terlebih dahulu) dan gaul rata. Masukkan esen vanilla. Gaul rata lagi.
3) Masukkan mentega cair sedikit2 sambil digaul dengan perlahan hingga rata.
4) Tuang kedalam loyang 26x26x3cm yang telah digris dan dilapik dengan kertas pembakar
5) Bakar selama 25minit atau sehingga masak pada suhu 170C
6) Biarkan sejuk baru letak krim dan gulung kemas.

Bahan-Bahan Inti :
125gm krim keju
40gm gula kastor


Cara2nya:-
1)Pukul krim keju dan gula kastor sehingga berkrim dan lembut.
2) Sapukan pada permukaan kek, kemudian gulung dengan kemas (saya gulung dengan plastik supaya kemas dan biarkan beberapa jam..baru dipotong)


Boleh juga gunakan butter cream seperti sy gunakan kali ini..
resepi boleh rujuk dicini :- Buttercream

* 250gm butter/ shortening (kalo nak sedap guna butter, tapi kalo nk color tu putih cantik guna shortening         yerk)
* 125gm krimwell
& 125gm gula aising ( ayak dulu)


* Saya tambah jem strawberry selepas sapu krim...sedap!!!!!!kemudian baru dibungkus gulung kemas

Caranya :
* Pukul butter + krimwell hingga putih
* Masukkan gula aising dan pukul sehingga kembang


Tada!!!!!!! dah siap!!!!!


1st time buat kira oklah kan!!!!! lain kali nak buat lagilah...macam syok.........................pulak buat swiss roll ni..nanti nak buat cam kak ita masam manis belang2 zebra kikikikiki.....



Cotton Soft Japanese Cheese cake

Assalamualaikum..bertemu kembali, semalam tak sempat nak menyinggah kat blog, nak menambah, garam, gula lagi dlm blog ni, bzy + penat dan macam2 lagi...
Apapun kali ni saya sertakan resepi lagi..nak habiskan secepat yang mungkin koleksi yang saya simpan ni, orang lain dah post dah lama, saya baru nak kedek2 jalan itik nak mengepost..dah lama buat, tapi tulah baru tergerak hati nak berblog..betul2 ketinggalan zaman saya....apapun tujuan dan matlamat saya yang utama ialah agar masa depan anak2 saya dapat tengok balik aktiviti masakan mama diaorg , dan boleh jadikan panduan tuk diaorng..meh layan resepi sy..resepi ni saya ambil dari Azir kitchen..terima kasih kak Azie!!!!! :) Suker benor sy gunakan resepi dari kak Azie ni.....





Cotton Soft Japanese Cheesecake
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan

Bahan A:

250g cream cheese
50g butter
100 ml susu segar (fresh milk)
6 biji kuning telur
1 sdb jus lemon
1/4 sdk garam
60g tepung kek/tepung superfine
20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)


Bahan B:

140g gula (granulated sugar)
6 biji putih telur
3/4 sdk jus lemon

Cara-cara

Bahan A
Cairkan cream cheese, butter dan susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu tadi. Kemudian, campurkan tepung, tepung jagung, kuning telur, garam dan jus lemon ke dalam adunan cream cheese dan gaul hingga sebati.

Bahan B
Dalam bekas lain, pukul putih telur sampai berbuih buih (foamy). Lepas tu, tambahkan gula dan pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).

Campurkan adunan Bahan A tadi ke dalam adunan Bahan B yang dah gebu tu dan kacau sampai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci,(sy buat dalam bekas 11" x 4" , dpt 3 bekas yg gebu2 giler) yg digriskan bawahnya dan tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dalam tin kek.


Bakar kek pada suhu 160C dlm kira kira 1 jam, dengan cara bain-marie (waterbath).
(Saya bakar pd suhu 170C, ini bergantung pd oven masing2 yerk!!!!)


Tuesday, 14 October 2014

Puding Karamel

Assalamualaikum.
Hari ni rase cam stress ckit kerja, penat!!!! otak banyak berfikir..apa2 pun disini saya letakkan satu resepi untuk tatapan sesiapa yang sudi, orang kata ilmu tak baik kedekut, entah esok lusa kita hidup atau mati semuanya di tangan Allah...apa yang saya guna didalam masakan saya , macam itulah saya post disini agar semua dapat berkongsi rasa yang sama....hehhehehe....
Jom kita layanzzzzz RESEPI NI!!!!!




Puding Karamel

A) Karamel

- Gula 1 cawam

B) Puding

a) Susu segar 1 liter ( sy lebih suka gunakan full cream kerana rassanya lebih lemak)
b) Gula 1 cawan
c)1 tsp esen Vanilla
d) Telur 8 biji (Grade A)

Bahan A
a) Masakkan A didalam loyang size 9" sehingga gula bewarna keperangan dan tutup api dan biarkan sementara.

Bahan B
b) Campurkan gula , esen dan susu dan dikacau diatas dapur dengan perlahan supaya gula hancur. Kemudian ditutup api.
c) Selepas itu Campurkan telur kedalam adunan susu tadi dengan dikacau perlahan supaya tidak berbuih.
d) Tapiskan adunan susu kedalam bekas karamel.
e) Bolehlah dikukus ata bakar secara steam bath suhu 170C selama 1 jam.
f) Biarkan sejuk, kemudian terbalikkan didalam bekas lain dan disimpan dilam peti sejuk beberapa jam.
g) Sedap dimakan sejuk-sejuk.

* Nota : saya telah lama menggunakan resepi ini, bertahun2, tetapi dengan hanya kukus, tapi kini saya lebih suka menggunaka bakar secara steambath kerna hasil puding karamel lebih pejal dan sedap...

Cubalah..pasti tak menyesal...resepi yang simple tapi hasil yang memberansangkan... :)


Sunday, 12 October 2014

Pecan Butterscotch

Salam, bertemu kembali, setiap kali sy buat kek, kalau x puas hati mesti sy buat dan buat lagi, dulu sy rasa berblog susah sgt, tapi bila pikir dan pikir kalau x cuba tak tau kan?????? Alhamdulillah...lega rasanya akhirnya sy dpt realisasikan impian sy untuk tgk ank2 saya bakal mewarisi kecintaan saya bila didapur, dengan adanya ini, saya sentiasa dihati dan mata bersama mereka walau telah tiada......
Di bawah ni sy sertakan resepi butterscotch yang sy kira amat menepati selera saya, sebelum ni dah byk kali cuba pelbagai resepi butterscoth tapi ni adalah yg terbaik....feedback yg positif dari customer juga membuatkn sy rase seronok.......hihihihiii...cubalah pasti x mengecewakan, semua apa yg saya post semuanya saya dah cuba dan sebahagiannya adalah resepi modal sy menjual kek..terima kasih pd teman2 yg byk berkongsi rasa didalam masakan....
Tapi sayang sy x pasti resepi ni  siapa, kalau tak silap saya , sy ambil dari forum....pasti tak mengecewakan anda!!!!!!





Pecan Heaven

Traditional Sponge cake
A :
5 biji telur
120gm gula kastor
125gm tepung gandum
50gm air biasa
15gm ovallette
1 sudu teh esen vanilla

B:
65gm minyak jagung

Cara2nya:
1) Pukul A hingga kembang dan pekat
2) Masukkan B
3) Masukkan dalam acuan 9" . Bakar pada suhu 180" selama 30 hingga 45 mnt atau hingga masak.

Pecan Karamel
100gm kacang pecan dipanggang
100gm gula kastor

Cara2Nya:
1)Masak gula hingga keperangan,Masukkan pecan dan gaul rata.
2) Tuang atas bekas yg beralas parchment paper. Ratakan dan biarkan sejuk.
3) Pecah-pecahkan.

Sos Butterscotch
350gm gula kastor
250gm fresh cream
150gm butter
100gm white compound coklat (cincang halus)

Cara2Nya:
Masak gula hingga keperangan.
2) Angkat dari api dan masukkan fresh cream, kacau sebati.
3) Masukkan butter dan white coklate , kacau hingga larut dan sejukkan.

White Coklat Ganache
150gm fresh cream
300gm white compound coklat (cincang halus)

Cara2Nya:
Panaskan fresh cream, masukkan white coklat, kacau rata dan sejukkan sebelum dituang atas kek.

Topping/Filling kek:
500gm fresh cream
200gm sos butterscotch

Cara2nya :
1)Pukul fresh cream hingga soft peak
2) Masukkan sos butterscotch

Cara melapis:
1) Bahagi kek kpd 3 bahagian
2) Sapu filling dan taburkan kacang pecan karamel
3) Ulang pada lapisan ke2. Lapisan akhir filling keseluruh kek hingga menutupi kek. sejukkan sebentar.
4) Tuangkan white coklat dan hias dengan butterscotch dan kacang pecan

Untuk hiasan :
3 sudu butterscotch + 2 sudu coklat ganache putih


                                                                 Nyum2......sodap

Thursday, 9 October 2014

SNOW CHEESE

Assalam semua.....
Kali ni sy post tentang snow cheese pulak..rasenya ni kali pertama sy ambik tempahan snow cheese, gambar lama 2013 lagi.....Hasilnya superb...walaupun lapisan bawah ada cacat sikit sebab sy ni gelojoh sangat ..tak nyempat nk tunggu sejuk dulu baru bukak....
Kita layan resepinya dulu..tak rugi mencuba..ni antara hot item sale saya bila dah masuk 2014..
:)

* Kalau x silap sy, resepi ni sy mbik dari blog Rahel Blogspot.com
..terima kasih kerna sudi berkongsi resepi...

Kek Span Vanila
Sumber:Buku Resepi/Chef Noraini Zakaria

(A) Bahan:
120g gula kastor
10g ovalette
4 biji telur gred A
130g tepung kek}
1 sudu teh serbuk penaik}--(A) diayak
40g air
 60g minyak masak/mentega cair
1 sudu teh esen vanila

Cara membuat:
1.Griskan acuan kek bulat berukuran 8'' atau 9''.Lapis dg kertas serap minyak.
   Panaskan ketuhar pada suhu 180'C.
2.Satukan gula kastor.ovalette,telur & bahan (A) ke dalam mangkuk pengadun.Pukul dg
   kelajuan perlahan untuk sebatikannya.Tukar kelajuan tinggi & pukul lagi hingga kembang
   selama 5 minit. ke dalam acuan.Bakar selama 45 minit.6.Setelah masak,terlangkupkan agar ia tidak     mendap.   Selepas 5 minit,terbalikkan semula dan lorek tepinya dengan pisau dan keluarkan kek.
   Biarkan ia sejuk.
3.Perlahankan kelajuan dan tuangkan air & esen vanila.Pukul lagi dengan kelajuan tinggi
   selama 5 minit hingga adunan ringan dan gebu.
4.Masukkan minyak atau mentega.Dikacau sebati..Tuang adunan ke dalam acuan.Bakar selama 45 minit.
6.Setelah masak,terlangkupkan agar ia tidak mendap.Selepas 5 minit,terbalikkan semula dan lorek tepinya dengan pisau dan keluarkan kek.Biarkan ia sejuk.






(B) Krim
1) Cream Cheese  250gm (sy guna tatura )
2) Susu Penuh Krim  ½ cawan
3) Cheddar cheese (Kraft)

Pukul cream cheese  sehingga kembang, kemudian masukkan susu . Pukul sehingga adunan sebati..dan bolehla disapu pada kek.






(C) Boleh diparut cheddar cheese i Kraft..dan beginilah rupanya..jeng..jeng..jeng.....





(D) Amatur punya keje..kikikiki..guna piping gel jer nak tulis....




Wednesday, 8 October 2014

Red Velvet ummmppphhh!!!!!




Assalamualaikum semua....

Sebenarnya kebanyakan kek2 ni yus dah buat lama, yus x pernah berblog,  sebelum ni, tapi tiba2 teringin pulak nk buat blog, kalo sebelum ni kebanyakan apa yg yus masak semuanya sy post dlm fb jer....Actually sebelum ni yus memang kekok dan jarang2 jer jadi kek yg yus buat, tapi keinginan, buat dan terus buat demi ank2 ..yerla ank2 sy ramai, kalau setiap kali nk beli..Adoooiii!!!!!!! bengkok jugak dibuatnya...Kali ni yus mencuba Red velvet, resepi sy tak ingat mabik dimana, tapi kalau x silap yus ni dari Anna Qawinna...halalkan resepi yerk..hasilnya pasti x mengecewakan....








                          Deko pun ntah apa2 ntah masa ni....hihiihihih

            Syok!!!!!
  • RESEPI RED VELVET CAKE -MOIST
  • Sumber : Nurul@Cakes2U
  • Red Velvet Cake by annaqawina.blogspot
    Bahan-bahan                                                                                 A:
    300 g tpg gandum
    2 camb serbuk koko
    2 camt baking powder
    1 camt soda bicarbonate
    1 camt garam
    B:
    125 g mentega tawar*Ana guna buttercup
    280 g gula castor
    C:
    2 biji telur (gred B)
    D:
    1 camt esen vanilla
    1 camt cuka putih @cuka kurma
    1 camb pewarna merah
    E:
    240ml buttermilk (Campurkan 1 cawan susu segar @ susu cair dengan 1 sdb cuka. Biarkan sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.)

     CARA-CARA:
    Ayak (A)-ketepikan
    Pukul (B) sampai kembang & ringan.Masukkan (C) satu persatu dan pukul lagi
    Masukkan (D)-pukul hingga sebati
    Masukkan tepung yg diselang seli dgn buttermilk-pukul hingga sebati.
    Alas & gris loyang saiz 9" dengan baking paper. Tuang adunan kek dan bakar hingga masak.
    Atau masukkan adunan dalam acuan cupcake sebanyak 1/2 cup sahaja dan bakar pada suhu 180c @ 15 ke 20 minit.
    Sejukkan dan hiaskan dgn cream cheese icing.

    RESEPI RED VELVET CAKE- GEBU
    Olahan : AnnaQawina
    Bahan -bahan : 
    5 biji telur gred B@4 bj telur gred A
    250 gram mentega beku tanpa garam
    *3 cawan tepung naik sendiri (Tepung gandum + 2 1/2 sdt baking powder)
    *3 sudu makan serbuk koko
    2 cawan gula kastor
    2 sudu makan pewarna oil base
    1 cawan buttermilk- kalau xde buttermilk blh tgk resipi kt bwh
    1 sudu teh garam- x letak
    1 sudu makan bicarbonate of soda @baking powder- Ana guna baking powder
    1 sudu makan cuka makan-Ana guna cuka kurma

    BUTTERMILK:
    1 cawan susu segar
    1 sudu makan cuka makan atau jus lemon  
     Cara :
    Satukan semua bahan dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan.

    CARA-CARA:
    1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
    2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
    3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
    4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
    5. dalam mangkuk buttermilk campurkan pewarna merah dan kacau sebati.
    5. Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
    6. Larutkan bicarbonate of soda/baking powder dan cuka kemudian tuangkan kedalam adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati guna senduk.
    7. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.

    ***********************************************************************
    RESEPI KRIM CHEESE :
    500 grm whipping cream-brand VIVO
    250 grm cream Cheese-brand Phillidephea
    60 grm gula icing
    110 grm butter
    2 titik lemon paste
    Cara -cara :
    Pukul whipping cream hingga kental. ketepikan
    Dalam bekas lain, pukul krim keju bersama semua bahan lain hingga berkrim.
    Satukan whipping cream tadi bersama krim keju, gaul sebati, boleh juga  pukul dengan mixer dengan kelajuan perlahan.
    Boleh digunakan untuk menghias kek anda

Punyalah malas yus nk menaip, Cnp jer dari blog anna..maaf yerk....2,2 resepi dah pernah cuba..ikutla selera masing2 kalo yus lebih suka yang gebu....hihiihihi