Monday, 17 November 2014

KEK CINTA TIGA RASA

Assalamualaikum.....

Dah beberapa hari tak menjengah ke blog disebabkan kesempitan dan kesesakan waktu yg bzy di office... Tambah2 hari ni diserang selsema aduuuuhhhhh!!!!! sabar ajerla....walaupun badan rasa tak semenggah nak bangun terpaksa jua kuatkan dari dok dirumah rasenya lagi terpaksa bekerja keras habis tenaga menyiapkan kerja rumah yg terbengkalai.....ada jer keje yg nak diusiknya..

Hari minggu lepas, saya sediakan kek yang saya beri nama kek cinta 3 rasa..sesuai ker idak...whatever.....rasenya dah cukup, cuma sy gunakan buttercream, dkt rumah ni memang kalo buttercream slow ckitla jawabnya.....disebabkan excitednya sy nak buat ros swirl, tu yg sy dok putar krimwell dgn shortening jugak, walaupun sebenarnya memang malas bab2 nak basuh benda berminyak..mulalah abis selinsing baju sampai kesiku, macam dah rupa mak Joyah dah rupanya...
Apalah sy melalut ni..Jomlah layan gambar dibawah...

Rasenya, kak tu cukup sifat dan cukup sempurna kalau saya guna cheese cream..alamak!!!!!meleleh air liur
bila teringatkan cheese!!!!! :)



Rupa kejadian kek saya dr luar..ekkeeke....



 Setelah dipotong..inilah hasilnya : 3 perasa : strawberry, pandan dan coklat...nyum!!!!


Disebabkan keterujaan saya nak menghabiskan cream..jadilah cam gini......

Ok..sy chow dulu...next time sy kongsikan resepi jika ada yang berminat...hehhehe..nak cepat!!!!!
bye2

Tuesday, 11 November 2014

Marble Coklat Cheese Kek

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera...


Mmmm....pagi ni saya sediakan satu jenis kek kegemaran saya, tapi ini adalah kali pertama saya mencuba resepi dari Evelyn. Cuma feveret saya ialah 'CHEESE'. kikiki...Saya tak nak menulis dan bercakap banyak, ..mood nak menaip, kaku...kerja kat opis tengah banyak..jomlah layan gambar dan resepi dari Evelyn ni.... tak menyesal pun ada cuba ni..sedap....
1/3 anak saya dah bawa pergi sekolah untuk jamuan akhir tahun, 1/3 bagi sorang sedikit rase dan 1/3 bahgian tuk family saya....macam tak cukup jer...macam sikit jer....takpalah rezeki yang ada kita agih2kan....jangan kedekut...semuanya dari Allah jua.. :) PEACE!!!



Cantik jer tengok kek ni...comel..lembut dan sedap...rasa pun sedang2 jer manis buahnya...



Cantik kan???? hihihihi


Resepinya bolehla nak jengah di bawah ni...

Resepi Asal :Evelyn Gemina
Di Try : Yusliza Yusoff

 Marble baked cheesecake

Bahan2nya

A
500g cream cheese
50g gula kaster
1 sk esen vanila (saya tambah)

B
230g whip topping cream (sy guna UHT whipping cream)

C
5 biji kuning telur

D
120g tepung gandum

E
1 biji parutan kulit lemon (saya skipkan)

F
5 biji putih telur
120g gula kaster
1 sk jus lemon (saya skip)

G
50g coklat
1sb susu segar


Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 150C. Sediakan loyang bulat bersaiz 9 inci, griskan & alaskan dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
2. Pukul bahan A hingga lembut & berkrim.


3. Masukkan B, pukul sebati. Masukkan bahan C, D & E, pukul lagi hingga sebati.

4. Pukul putih telur dari bahan F hingga berbuih. Masukkan bahan2 F yang lain & pukul hingga kembang.

5. Satukan adunan F dengan adunan cheese (langkah 3) tadi. Gaul hingga rata.

6. Cairkan coklat pada bahan G, masukkan susu segar & gaul rata. Ambil adunan tadi (langkah 5) sebanyak 200g & satukan dengan adunan coklat. Gaul rata.

7. Tuang 1/3 adunan cheese kedalam loyang. Kemudian, tuang pula 1/2 adunan coklat atas adunan cheese tadi. Tuang pula baki adunan cheese atasnya. Akhir sekali, tuang adunan coklat & lorekkan guna chopstick/pencungkil gigi untuk membuat bentuk marble.

8. Bakar kek guna kaedah waterbath selama 90 minit atau hingga kek masak pada suhu 150C.





Monday, 10 November 2014

KEK BUAH a.k.a FRUIT CAKE


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.......

Masa hari sabtu (08/11/2014) saya mencuba try error resepi kek buah ni..sebelum ni dah banyak kali cuba pelbagai resepi tapi cam tak berapa menarik minat dihati nak buat dan buat lagi...dan makan, dan makan lagi...hehehheh.....
Tapi resepi kali ni ada kelainan la.....nak makan dan makan lagi.....

 


Resepi ni sy ambik dari hana ni haaaa........sebulat2 sy copy and paste...malas betul nak menaip...hehheheh...apapun thanks a lot Hana..Orang lain dah lama buat , sy baru jer buat..hiihihi..


RESEPI KEK BUAH KUKUS
sumber rujukan : kak.sheila.spices journey

Bahan-bahan
· 250g butter @ seketul butter ( disarankan high quality butter)
· 350g gula pasir
· 60ml air panas
· 500g buah-buahan campuran (saya guna 250gm jo..x cukup stok)
· 3 biji telur gred A
· 350g tepung gandum*
· 1 sudu kecil cream of tartar*
· 2 sudu kecil soda bicarbonat* - hana letak 1 setengah je
· 1 sudu kecil serbuk buah pala/netmug* - hana x letak sbb xde stok (sy pun x letak, xda stok)
· 1 sudu besar susu pekat (sy x letak)
· 1 sudu besar sunquik (sy x letak)
· 1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara
·  Masak gula hingga keperangan dan masukkan air panas perlahan-lahan. Sebatikan. Masukkan butter sehingga cair kemudian masukkan buah-buahan campuran dan juga susu pekat dan sunquik. Kacau kemudian sejukkan.
· Ayak bahan-bahan yang bertanda *. Masukkan ke dalam adunan mix fruits tadi sedikit demi sedikit menggunakan senduk kayu sehingga sebati.
·  Mangkuk lain, pukul telur dan esen sehingga kembang dan masukkan perlahan ke dalam adunan kek dan gaul sebati menggunakan senduk kayu juga.
·  Alas loyang 7x7 dengan kertas baking. Sapukan butter keliling dan tuangkan adunan kek ke dalamnya.Tutup loyang dengan aluminium foil.
·  Kukus selama 4 jam untuk mendapat kelembapan yang diinginkan. (boleh dikukus 2 jam shj)
· Sejukkan kemudian potong. (Pastikan kek benar2 sejuk seeloknyer semalaman supaya kek dan buah tidak berderai dan padat ketika dipotong).

 

Cacat sikit terkena wap air kukusan, dah ditutup dengan kain tapi 4 jam tu membuatkan air menitik dari kain turun kebawah......




Hasil dalamannya setelah dibedah..kikiki....



Sedap2!!!! lain kali mesti buat lagik!!!!!

Friday, 7 November 2014

Nasi Goreng & Muffin


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera......


Minggu ni betul2 mood tak mari untuk masak... :( jiwa saya sebenarnya masih dalam mood tak berapa disebabkan kesilapan saya pd minggu lepas masa tempahan kek orang...Frust sangat rasanya, 1st time hasil yang saya dapat teruk...sedih, memang sedih giler!!!!!

Maafla...nak menulis pun xda mood, apakan daya , menjahit pun tak ada mood...minggu ni memang saya betul2 relax layan cerpen & novel online dan selebihnya balik umah saya tidur layan jiwa dan mimpi indah2 macam sebijik dalam novel & cerpen yang saya baca...kikikikiki

Entah apa saya melalut pun tak tahu  ni kikikiki.....
Layankan ajerlah jiwa tengah senget,,,ekekkeke..
Jom, tengok gambar jolah yo, pagi ni punya cerita dengan muffin dan nasi goreng express dalam 1 jam siap semua..terror tak saya????? bolehla lepas tekak anak2 & saya.....nasib baik bdk2 x banyak komplen..makan jer apa yang mak diaorang masak, tak sedap tak abis..itu ajer...

Kalau abis tu, maknanya kena dengan jiwa diaorang..harap2 balik dari keje tengahari kejap lagik ..dah licin yo!!!!!!hopefully !!!! :)




Nasi Goreng express mama


Muffin Coklat express mama




Apapun jadi untuk budak2 ni..hihihiihihihi

Tuesday, 4 November 2014

Vanilla Cup Cake

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Maaf 2,3 ari ni saya betul2 tak ada mood nak menaip, banyak cerita sebenarnya..tapi bagai angin lalu jer..inipun memaksa diri tuk mengupdate apa2 yang patut, tak nakla dibiarkan bersawang nanti apa pulak ckp tetamu2 yang datang menjengah..baru bukak blog dah berhabuk sawang tak nampak rupa...mmmm..sebenarnya saya kecewa minggu lepas sy ada buat order kek harijadi kanak2 berusia satu tahun , tapi hasilnya betul2 saya tak puas hati, disebabkan kesuntukan masa saya terpksa hantar pd customer dgn rupa mcm tu, gambar pun tak snap sebab sedih sgt..ikutkan memang tak nak hantar dekat customer nak buat lain, tapi dah lambat x cukup masa nak buat..itu yang buat sy kecewa sangat..  :'(

Sebenarnya kalo nak ikut entry byk benar sy boleh masukkan, banyak yang terpendam dalam ni..tapi tak post2 pun..yang baru jugak sy post..Banyak pulak sy celoteh benda yang tak berkait tghari ni....

Jom ikut saya layan resepi dari Kak Azie Kitchen ni..pasti menyengat selera anda semua.
Pagi tadi saya sediakan sarapan untuk anak sy cup cake Vanilla..Jom ikut saya, hasilnya moist dan gebu..
Saya suka! saya suka!!...hihihihi....

Jommmm!!!!!!





Easy, Delicious Homemade Vanilla Cupcakes
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
3/4 cawan  butter (6oz) - suhu bilik
3 biji telur - suhu bilik
2 1/2 cawan all purpose flour (saya guna tepung gandum)
1/2 sk garam
1 3/4 cawan gula kaster (kurangkan sedikit)
3 sk vanilla (boleh lebihkan)
1 1/4 cawan susu (saya guna buttermilk) 
2 1/2 sk baking powder

Cara cara:
Panaskan oven pada suhu 170C. 

Satukan dan ayak bersama tepung, garam dan baking powder.

Putar butter dengan kelajuan tinggi selama 30 saat. Masukkan gula dan putar sebati. Masukkan telur sambil terus diputar.

Masukkan tepung dan susu secara berselang seli dengan kelajuan perlahan. Kacau sebati.



Tuangkan adunan ke dalam cawan kertas 2/3 penuh dan bakar selama 15-18 minit (Sy bakar lbh kurang 30mnt)  sehingga kekuningan atau sehingga masak.


Sejukkan dalam 15 minit sebelum dikeluarkan dari loyang. Bila telah sejuk sepenuhnya, bolehlah dihias dengan frosting.







* Saya lebih suka biarkan kosong macam ini , cuma sy tambah kismis didalamnya....rasanya dah cukup sedap dengan bau butter dan susu....wangiiiiiiiiii semerbak.....