Monday, 10 November 2014

KEK BUAH a.k.a FRUIT CAKE


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.......

Masa hari sabtu (08/11/2014) saya mencuba try error resepi kek buah ni..sebelum ni dah banyak kali cuba pelbagai resepi tapi cam tak berapa menarik minat dihati nak buat dan buat lagi...dan makan, dan makan lagi...hehehheh.....
Tapi resepi kali ni ada kelainan la.....nak makan dan makan lagi.....

 


Resepi ni sy ambik dari hana ni haaaa........sebulat2 sy copy and paste...malas betul nak menaip...hehheheh...apapun thanks a lot Hana..Orang lain dah lama buat , sy baru jer buat..hiihihi..


RESEPI KEK BUAH KUKUS
sumber rujukan : kak.sheila.spices journey

Bahan-bahan
· 250g butter @ seketul butter ( disarankan high quality butter)
· 350g gula pasir
· 60ml air panas
· 500g buah-buahan campuran (saya guna 250gm jo..x cukup stok)
· 3 biji telur gred A
· 350g tepung gandum*
· 1 sudu kecil cream of tartar*
· 2 sudu kecil soda bicarbonat* - hana letak 1 setengah je
· 1 sudu kecil serbuk buah pala/netmug* - hana x letak sbb xde stok (sy pun x letak, xda stok)
· 1 sudu besar susu pekat (sy x letak)
· 1 sudu besar sunquik (sy x letak)
· 1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara
·  Masak gula hingga keperangan dan masukkan air panas perlahan-lahan. Sebatikan. Masukkan butter sehingga cair kemudian masukkan buah-buahan campuran dan juga susu pekat dan sunquik. Kacau kemudian sejukkan.
· Ayak bahan-bahan yang bertanda *. Masukkan ke dalam adunan mix fruits tadi sedikit demi sedikit menggunakan senduk kayu sehingga sebati.
·  Mangkuk lain, pukul telur dan esen sehingga kembang dan masukkan perlahan ke dalam adunan kek dan gaul sebati menggunakan senduk kayu juga.
·  Alas loyang 7x7 dengan kertas baking. Sapukan butter keliling dan tuangkan adunan kek ke dalamnya.Tutup loyang dengan aluminium foil.
·  Kukus selama 4 jam untuk mendapat kelembapan yang diinginkan. (boleh dikukus 2 jam shj)
· Sejukkan kemudian potong. (Pastikan kek benar2 sejuk seeloknyer semalaman supaya kek dan buah tidak berderai dan padat ketika dipotong).

 

Cacat sikit terkena wap air kukusan, dah ditutup dengan kain tapi 4 jam tu membuatkan air menitik dari kain turun kebawah......




Hasil dalamannya setelah dibedah..kikiki....



Sedap2!!!! lain kali mesti buat lagik!!!!!

No comments:

Post a Comment