Sunday, 26 October 2014

Pandan Layer Kek

Assalamualaikum...

Cuti dua ari pada minggu lepas, saya gunakan waktu sebaik2nya dengan menghabiskan masa didepan mesin jahit dan dapur...dan dikesempatan itu sy gunakan dengan membuat Pandan Layer Kek. Dah lama saya tak buat kek ni, dulu pernah buat sekali, rasa macam tak menepati selera, sampai sudahnya hingga kehari ini, masih sama, tapi tiba2 hati tu kuat mengatakan nak makan!!!!! aih!!!tambah2 pulak, sekarang sy nengok macam dah fofular balik kek ni....dah jadi macam hot market pulak dikedai2 kek.. tu yg mcm bertambah2 perasaan nak buat tu..jenuhla sy mencari tepung Hoon Keow pewarna hijau @ putih, sampai 3 market sy pergi baru jumpa..bila time taknak ada jer sy tgk dirak...apalah nasib badan!!!!

Jom kita tengok resepi dibawah, tak lain dan tak bukan  dari Naz....kali ni memang sy puas hati dengan hasilnya superb walaupun rupa xdalah secantik mner, disebabkan tuannya tak sabar nak merasa kek nya, baru sejam perap dlm peti sejuk dah belasah...apa lah nasib badan..ingatkan mamanya saja yang laju dengan kek ni..rupanya anak2 pun sama ..dalam sehari dah abis dikerjakan kek yang bersaiz 9"ni.Alhamdulillah!!!!!! :)


 


PANDAN LAYER KEK
Untuk bahagian kek span sy menggunakan Resepi Chef Noraini , yang sy olah menjadikan kek Span Pandan.


 Kek Span Pandan

 Resepi Asal : Buku Resepi/Chef Noraini Zakaria (Kek Span Vanilla)

Bahan:
120gm Gula Kastor
10gm Ovallette
4 biji telur Grade A

130gm Tepung Kek*
1 sudu teh serbuk Penaik*
(Bahan bertanda* diayak bersama)

40gm Air
60gm minyak masak
1 sudu teh esen vanilla (sy gantikan 1 1/2 tbsp Pandan Emulco dan sedikit pewarna hijau)





Cara-Caranya:-
1) Griskan acuan kek bulat berukuran 8" @ 9:. Lapis dgn kertas serap minyak.Panaskan ketuhar pd suhu 180C (sy guna suhu 170C)
2) Satukan gula,ovallette, telur & bahan A kedalam mangkuk pengadun.Pukul dengan kelajuan untuk sebatikannya. Tukar kelajuan tinggi & dan pukul lagi hingga kembang selama 5 minit.
3) Perlahankan kelajuan dan tuangkan air & esen pandan emulco serta pewarna hijau. Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 5 minit lagi hingga adunan ringan dan gebu.
4)Masukkan minyak dan dikacau sebati.
5) Tuang adunan kedalam acuan. Bakar selama 45 minit.
6)Setelah masak, terlangkupkan agar tidak mendap.Setelah 5 minit, terbalikkan semula dan lorek tepinya dengan pisau dan keluarkan kek. Biarkan ia sejuk.

Manakala untuk Kastard Pandan sy gunakan cara Naz dari ovenkecil.blogspot.com. Terima Kasih yer naz kerana sudi mewar-warkan resepi ni...


KASTAD PANDAN

Bahan-bahan:
·1200 ml santan atau susu cair (sy guna santan lagi sedap)
· 1 cawan gula kastor
· 10 gm serbuk agar-agar
· 100 gm tepung Hoen Kwe warna putih/ warna hijau
· Secubit garam
· Perisa pandan dan pewarna hijau(kalau dah guna tepung Hoen Kwe yang bewarna hijau, pewarna hijau ni tak perlu)

Cara-cara:
1.Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masak sambil mengacau-ngacau adunan hingga likat. Kacau guna whisk jer.
2. Bila dah likat, tutup api. Jangan terlalu likat sangat sebab nanti susah nak layer pada kek.
** Kalau guna santan, santan tu tak perlu likat sangat. Santan biasa jer.



CARA MELAPIS KEK
1.Sedikan loyang. Lapik dasar loyang dengan plastik. Kalau tak nak lapik pun boleh juga.
2.Tuang sedikit kastad dan ratakan. Ambil sekeping kek dan letak di atas kastad tadi.
3.Kemudian tuang sedikit kastad lagi dan ratakan. Untuk bahagian tepi-tepi kek, sekiranya rasa susah nak masukkan kastad, boleh guna pipping bag. Pancitkan je kastad tu biar penuh di bahagian tepi-tepi kek.
4.Buat hingga habis kesemua lapisan kek dan kastad digunakan dengan bahagian atas sekali adalah lapisan kastad. 
5.Kemudian hentak-hentak manja sikit loyang tu biar padat kastad tu. Then biar kastad keras.
6.Bila dah keras, tarik sikit kastad dari tepi-tepi loyang. Nanti nampak kastad akan meregang dari tepi-tepi loyang. Terbalikkan dan keluarkan loyang dari kek kastad.
7.Hias ikut suka. Naz selalu sapu kek dengan fresh cream (yang telah kental) atau sapu dengan pipping gel dan taburkan kelapa parut kering.
8.Simpan beberapa jam di dalam peti sejuk sebelum dihidang sebab kek ni memang sedap dimakan sejuk.

NOTA & TIPS NAZ:
·Bagi yang kali pertama membuat kek ini, mungkin semasa melapis kek dengan kastad akan mengambil masa sedikit. Bila masa panjang, kemungkinan adunan kastad akan mula mengeras dan ini menyukarkan proses merata kastad pada kek. 
·Tapi, jangan khuatir... Kalau lihat kastad di dalam periuk tu mula mengental, just tambah sikit air biasa atau santan dan kacau kejap di atas api dapur. Nanti kastad tu akan cair semula. So bolehlah terus menyambung kerja-kerja melapis kek anda.

         Nota saya:
*Untuk setiap lapisan sy gunakan 4 senduk besar dirumah saya.(baru lapisan akan jadi cantik lepas ni kena reminder diri sendiri, takut lupa)
*Gunakan santan segar , rasanya akan lebih sedap
* Gunakan agar2 serbuk (*penting)










Thursday, 23 October 2014

Pizza



Assalamualaikum...
Lepas balik kerja petang semalam mcm rase tak nak masak nasi tuk makan malam, lagipun dah berjanji dengan budak-budak nak buat pizza...so apalagi singgah kedai beli sardin satu (1) tin..Rasanya itu barang ajerlah yang tak cukup...takpalah kali ni, buat inti sardin pulak la tuk budak-budak....
Budak-budak kat rumah ni laju ajer kalau pizza sekelip mata jer abis...

Jom !!!! Ikut saya layan resepi dari dayang ni..terima kasih dayang!!!!!!


Resepi Dayang Jack@ Dapurku Sayang

Pizza Base 1:
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil yis segera mauripan
2 sudu besar susu tepung
160ml air suam
1 sudu besar gula halus
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu besar bread softener (pelembut doh)
1 sudu besar olive oil atau marjerin (saya guna miyak sayur jer)

Cara-Caranya:

1) Rendam yis bersmaa air suam selama 10 minit ( yis yang baik akn menghasilkan buih)
2) Dalam mangkuk/bekas berasingan campurkan kesemua bahan yang selebihnya dan gaul/ramas dengan hanya menggunakan jari. Kemudian, buatkan lubang2 ditengah dan tuangkan yis tadi perlahan-lahan. Uli
sehingga menjadi doh yang elastik.



Semua bahan dicampurkan kecuali yis dan air suam




Doh yang sudah siap di uli


2) Simpan doh di dalam satu bekas yang agak besar dan tutup kemas dgn kain lembab. Rehatkan doh selama 45-50 minit.



Doh yang telah disimpam 30-45mnt


3)Panaskan oven pada suhu 180C. Sediakan acuan/loyang/pan pizza. Lengserkan sedikit dengan minyak zaitun.
4) Keluarkan doh dari bekasnya. Tumbuk-tumbukkan sedikit untuk keluarkan angin. Kemudian letakkan doh di dalam pan dengan hanya menekan dengan telapak tangan sahaja. Tidak perlu dicanai (tapi kalau nak, boleh juga). Ratakan doh sehingga padat.
5) Cucuk permukaan doh dengan garpu dan sapukan dengan minyak zaitun di tepi-tepi doh dengan berus pastri(supaya ia akan kelihatan cantik dan berkilat setelah masak). Biarkan ia rehat selama lebih kurang 10 minit.
6) Bakar doh selama 7-10 minit. Kemudian keluarkan dari oven.(Step ni sy skip..hehheheh...)
7) Akhir sekali ratakan dengan sos tomato, mayonis dan bahan-bahan topping yang lain. Tuangkan sos keju dan taburkan keju parut.



8) Bakar selama 20 minit atau hingga keperangan.


B) Topping/Filling
  
400 g daging cincang (dicincang/minced) (kali ni saya gantikan dengan sardin, sebelum ni i just follow jer resepi dayang ni....)
3 ulas bawang putih (dicincang)
1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
1/2 botol sos spagetti lada hitam (lain-lain pun boleh) 
sedikit garam dan gula
3 sudu besar mentega

untuk hiasan :
sedikit oregano kering
cendawan shitake
hirisan nenas
hirisan kapsikum ( x letak pun ni)
hirisan bawang besar (x letak jugak, sebab ank2 sy x suka makan)
keju parut
lain-lain ikut suka


NOTE: Letak cheese byk2 pasti sedap!!!
  
Cara-cara :
 Panaskan mentega di dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang besar sampai perang. Masukkan minced beef/chicken dan kacau rata-rata. Biarkan ia kering seketika. Kemudian masukkan bahan-bahan selebihnya. Kacau hingga pekat/kering.

OK ...TRY CUBA TEST PASTI TAK RUGI...cuba tahu!!!

Wednesday, 22 October 2014

Blackforest Kek

Assalamualaikum,

Hari ini saya sediakan 1 resepi untuk tatapan anda semua yang sudi berkunjung ke blog saya....tak susah sebenarnya jika kita tahu kaedah cara yang betul untuk buat kek...

Harap anda semua sudi mencubanya....tak cuba tak tahu kan....???? kalo agak2 rasa susah meh tempah dekat saya...kikiki..Dulu cukup familiar blackforest kek ni, sekarang org dah mula makin melupakan bila dah macam2 jenis kek pesen sekarang ni....saya pun suker ajer dengan kek ni..tak jemu2 makan.... :)
Jom layankan resepi saya dibawah ini... :-





A) Kek Span Coklat
Resepi Asal : Chef Noraini Zakaria (Buku Kompilasi Hidangan Kek)

Bahan-Bahan
150gm gula kastor (saya kurangkan)
110gm Tepung kek*
20gm serbuk koko*
1 sudu teh serbuk penaik*   # Ayak semua bahan bertanda *

75gm Minyak Masak (saya selalu gantikan dengan minyak jagung/sayur)
15gm Ovallette
5 biji telur

60gm Air**
1 sudu teh emulco coklat** # bahan ini dicampur sekali**

Cara2Nya:-

Cara  membuat:
1.Griskan acuan kek.Lapis dengan kertas serap minyak.Panaskan ketuhar pada sushu 180 darjah celcius.
2.Gaul ovalette dan gula kastor dalam mangkuk adunan.Masukkan telur sebiji -sebiji sambil dipukul hingga sebati.
3.Kemudian masukkan bahan yang bertanda * sedikit-sedikit sambil dikacau.
4.Pukul dengan kelajuan perlahan selama 2 minit untuk sebatikan adunan.Tukar kepada kelajuan tinggi selama 5 minit hingga adunan kembang dan gebu.
5.Perlahankan kelajuan dan tuangkan air emulco coklat yang bertanda ** .Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 5 minit lagi.
6.Masukkan minyak masak dan gaul perlahan-lahan hingga sebati.
7.Tuang adunan ke dalam acuan.Bakar selama 45 minit.(Saya bakar guna suhu 170C)
8.Keluarkan kek dari ketuhar dan terlangkupkan.Setelah 5 minit, pusingkan pada kedudukan asal.Tujuannya supaya  kek tidak mendap.
9.Hiaskan kek.


Bahan B (hiasan):
1 liter krim putar (non-dairy whipping krim)
100gm coklat masakan | dihiris @ diparut nipis
10 biji ceri marachino
10 keping hiasan coklat (tak letak)
1 tin ceri hitam (saya guna filling bluberi dlm tin)
Sedikit jus oren (tak letak)

Cara membuat:
1.Kek span coklat dihiris dua bahagian.Ketepikan.
2.Pukul krim putar dengan kelajuan sederhana selama 5 minit  sehingga kembang dan gebu.(Bila kita terbalikkan tak jatuh) Simpan sebentar dalam peti sejuk.
3.Letakkan kek span di atas papan kek berukuran 10 inci.Renjis jus oren di atas lapisan pertama.(saya gunakan air blueberry didalam tin untuk disapu atas kek).Ambil sedikit krim putar dan sapukan atas kek tadi.Susun buah ceri hitam di atasnya.(saya bluberry filling...susah oooo..mau dapat ceri hitam dkt cni, kdg2 ada, kdg2 takdek,,)
4.Kemudian letak lapisan kek span kedua.Lakukan sama seperti lapisan pertama tadi.Hias tepinya dengan hiasan coklat atau coklat urai.
5.Guna beg piping dan bentukkan rosette dikeliling kek.Hias denagn ceri marachino dan coklat hiris mengikut kesukaan anda.... :)


* Aduh ...lupa pulak nk snap gmbo masa dah potong...sorry yerk!!!



Order Dari Customer

Assalamualaikum...

Semalam cuti Deepavali, satu hari saya berkampung didapur menyiapkan tempahan dari customer yang sama..repeat order...Alhamdulillah semoga ikatan ukhwah antara saya dan customer yg dipanggil Kak Ana ni terus berjalan..Terima Kasih Kak Ana, sy kenal dengan kak Ana ini pun melalui FB, terima kasih banyak2 Kak Ana kerana menyokong minat saya, dan kebanyakan customer saya adalah customer tetap...Alhamdulillah syukur sgt2...meh kita layan , jamu mata2 kita dipagi hari ini dengan kek tempahan dari Kak Ana...
Maafkan sy , kalau ada terkurang yer kak ANa....







  2 biji kek blackforest untuk Kak Ana, katanya adiknya yang order sebenarnya...
Gambar atas 1kg
Gambar Bawah 0.5kg.


Ini semua melt cheese,macam2 perasa ada kat atas ni dari vanilla, strawberry dan coklat. tapi Kak Ana order sebenarnya 4 biji jer...termasuk customer lain pulak lagi 1....sorry...

Sunday, 19 October 2014

Pelanduk BBQ

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..Masa ari sabtu malam itu ari pergi kerumah abang di Seri Kembangan, Serdang dan dihidangkan pula dengan Pelanduk BBQ..nyum2..nyum... Jauh datang import ni katanya dari negeri Darul Iman Terengganu, memang sekarang ni abang asyik berulang alik ke Terengganu outstation, so dapatla merasalah Pelanduk, rasanya ..macamner yerk..mungkin sbb saya pikir pelanduk so tak berapa excited sgt kot rasanya nak makan....dengar pelanduk memang cam excited, tapi bila tgk rupa, tambah2 lagi ekornya...mmmmm.......

Resepi ni dari abang saya Zeds Simba jugak dia kasi dah lama , selalunya dia gunakan dalam masakan ayam goleknya memang power la...sesuai benor dengan resepi ini....kali ini, dicubanya ke atas pelanduk pulak.....hehehhehe....
Meh kita layannnnzzzzzzz.....


                                                                 Sebelum Di bakar


Resepinya di cini :-

2kg Ayam (kali ni digantikan dengan pelanduk)
1 biji bawang besar (kalau agak kecik, boleh ditambah lagi 1 biji)
5 ulas bawang putih
2cm halia
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil kunyit
2 batang serai
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil garam (@ secukup rasa)
1 cawan gula @ secukup rasa (boleh digantikan dengan madu lagi best!!!!)

Semua Bahan- bahan tadi di blender dan diperap dengan ayam (pelanduk). Biarkan sejam sekurang2nya baru power...

*Boleh tambah lada hitam ditumbuk sesiapa yang nakkan rasa podah dan perah asam limau untuk rasa yg masam sedikit...





Selepas dibakar

Chip Chocolate Muffin

Assalamualikum....

Semalam pagi ahad saya buatkan anak2 saya sarapan Muffin coklat..very simple ..
easy to do, easy to eat...hehehhehe...

Cepat jer hanis , camno senang buat nya cam tu jugala senang jo budak2 ni ngap...pejam celil.pejam celik tengok dulang dah tinggal kosong...Rugi tak buat senang ajer.....sedap pon sodap....


Resepi nya tak lain tak bukan dari Azie Kitchen la..mner lagi....



Rich Chocolate Chips Muffin
Oleh: Azie Kitchen

Bahan A
2 biji telur
1 cawan gula perang
100 ml susu segar
120ml minyak jagung
1/2 sk esen vanilla

Bahan B
190 gm tepung gandum
1 st baking powder double action
1/2sk baking soda
1/4 cawan serbuk koko
1/2 cawan choc chips (tinggalkan sedikit utk tabur)

Cara cara:
Satukan semua bahan A di dalam bekas dan kemudian ayakkan bahan B ke dalam bahan A. Gaul rata.



Tuang adunan dalam 3/4 penuh dan taburkan chocolate chips di atasnya. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C. Bakar selama 20 minit atau sehingga masak.





Hasil kuar dari oven.....memang menarik ni..letak banyak coklat chip lagi sodap...resepi ni ngam2 jer sesedap rasa...dah tak perlu kurangkan gula lagi..hehehhehe

Nota:
Jangan terlebih gaul untuk menghasilkan muffin yang sedap


Vanilla Rice Color Muffin



Semalam ahad yang sama juga , sambil tunggu coklat chip muffin masak, saya bancuh pulak tuk vanilla muffin, kak Azie letak coklat chip, tapi sebabkan saya nak kelainan, bagi anak2 saya makan meriah dan seronok dan tertarik, saya letakla..rice color..memang laju jer diaorng ambik makan yang vanilla ni....
Apapun terima kasih yerk Kak Azie, kak Azie ni memang tak kedekut ilmu.....

Hasilnya puas ler anak2 saya makan.....licin!!!!meh kita terjah resepi dibawah ni sambil2 tu boleh layan gambar2 yang ada....JOMMMMMMMM!!!!!!







Vanilla Rice Color  Muffin
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
125 gm tepung gandum - ayak dg baking powder
7 gm baking powder
75 gm minyak masak
75 gm susu sega
75 gm gula caster
1 biji telur B
1/2 sudu teh vanila
Sedikit chocolate chips - (saya gantikan dengan rice color didalam adunan dan tabur)

Cara cara:
Kacau sebati minyak, susu, gula, telur dan vanilla.
Masukkan sedikit demi sedikit tepung dan kacau sebati dengan menggunakan spatula sehingga tidak bergentel.

Masukkan ke dalam paper cup sebanyak 3/4 penuh. Tabur rice color di atasnya.


Bakar pada suhu 160C selama 30 minit atau sehingga masak.