Assalamualaikum...
Cuti
dua ari pada minggu lepas, saya gunakan waktu sebaik2nya dengan menghabiskan
masa didepan mesin jahit dan dapur...dan dikesempatan itu sy gunakan dengan
membuat Pandan Layer Kek. Dah lama saya tak buat kek ni, dulu pernah buat
sekali, rasa macam tak menepati selera, sampai sudahnya hingga kehari ini,
masih sama, tapi tiba2 hati tu kuat mengatakan nak makan!!!!! aih!!!tambah2
pulak, sekarang sy nengok macam dah fofular balik kek ni....dah jadi macam hot
market pulak dikedai2 kek.. tu yg mcm bertambah2 perasaan nak buat tu..jenuhla
sy mencari tepung Hoon Keow pewarna hijau @ putih, sampai 3 market sy
pergi baru jumpa..bila time taknak ada jer sy tgk dirak...apalah nasib badan!!!!
Jom
kita tengok resepi dibawah, tak lain dan tak bukan dari Naz....kali ni
memang sy puas hati dengan hasilnya superb walaupun rupa xdalah secantik mner,
disebabkan tuannya tak sabar nak merasa kek nya, baru sejam perap dlm peti
sejuk dah belasah...apa lah nasib badan..ingatkan mamanya saja yang laju dengan
kek ni..rupanya anak2 pun sama ..dalam sehari dah abis dikerjakan kek yang
bersaiz 9"ni.Alhamdulillah!!!!!! :)
PANDAN
LAYER KEK
Untuk
bahagian kek span sy menggunakan Resepi Chef Noraini , yang sy olah menjadikan
kek Span Pandan.
Kek
Span Pandan
Resepi
Asal : Buku Resepi/Chef Noraini Zakaria (Kek Span Vanilla)
Bahan:
120gm
Gula Kastor
10gm
Ovallette
4
biji telur Grade A
130gm
Tepung Kek*
1 sudu teh
serbuk Penaik*
(Bahan bertanda* diayak bersama)
40gm
Air
60gm minyak masak
1 sudu teh esen vanilla (sy gantikan 1 1/2 tbsp
Pandan Emulco dan sedikit pewarna hijau)
Cara-Caranya:-
1) Griskan acuan kek bulat berukuran 8" @ 9:. Lapis dgn kertas serap
minyak.Panaskan ketuhar pd suhu 180C (sy guna suhu 170C)
2) Satukan gula,ovallette, telur & bahan A kedalam mangkuk pengadun.Pukul
dengan kelajuan untuk sebatikannya. Tukar kelajuan tinggi & dan pukul lagi
hingga kembang selama 5 minit.
3) Perlahankan kelajuan dan tuangkan air & esen pandan emulco serta pewarna
hijau. Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 5 minit lagi hingga adunan
ringan dan gebu.
4)Masukkan minyak dan dikacau sebati.
5) Tuang adunan kedalam acuan. Bakar selama 45 minit.
6)Setelah masak, terlangkupkan agar tidak mendap.Setelah 5 minit, terbalikkan
semula dan lorek tepinya dengan pisau dan keluarkan kek. Biarkan ia sejuk.
Manakala untuk Kastard Pandan sy gunakan cara Naz dari ovenkecil.blogspot.com. Terima
Kasih yer naz kerana sudi mewar-warkan resepi ni...
KASTAD
PANDAN
Bahan-bahan:
·1200
ml santan atau susu cair (sy guna santan lagi
sedap)
· 1 cawan
gula kastor
· 10
gm serbuk agar-agar
· 100
gm tepung Hoen Kwe warna putih/ warna hijau
· Secubit
garam
· Perisa
pandan dan pewarna hijau(kalau dah guna tepung Hoen Kwe yang bewarna hijau,
pewarna hijau ni tak perlu)
Cara-cara:
1.Masukkan
semua bahan ke dalam periuk. Masak sambil mengacau-ngacau adunan hingga likat.
Kacau guna whisk jer.
2. Bila
dah likat, tutup api. Jangan terlalu likat sangat sebab nanti susah nak layer
pada kek.
**
Kalau guna santan, santan tu tak perlu likat sangat. Santan biasa jer.
CARA
MELAPIS KEK
1.Sedikan
loyang. Lapik dasar loyang dengan plastik. Kalau tak nak lapik pun boleh juga.
2.Tuang
sedikit kastad dan ratakan. Ambil sekeping kek dan letak di atas kastad tadi.
3.Kemudian
tuang sedikit kastad lagi dan ratakan. Untuk bahagian tepi-tepi kek, sekiranya
rasa susah nak masukkan kastad, boleh guna pipping bag. Pancitkan je kastad tu
biar penuh di bahagian tepi-tepi kek.
4.Buat
hingga habis kesemua lapisan kek dan kastad digunakan dengan bahagian atas
sekali adalah lapisan kastad.
5.Kemudian
hentak-hentak manja sikit loyang tu biar padat kastad tu. Then biar kastad
keras.
6.Bila
dah keras, tarik sikit kastad dari tepi-tepi loyang. Nanti nampak kastad akan
meregang dari tepi-tepi loyang. Terbalikkan dan keluarkan loyang dari kek
kastad.
7.Hias
ikut suka. Naz selalu sapu kek dengan fresh cream (yang telah kental) atau sapu
dengan pipping gel dan taburkan kelapa parut kering.
8.Simpan
beberapa jam di dalam peti sejuk sebelum dihidang sebab kek ni memang sedap
dimakan sejuk.
NOTA & TIPS NAZ:
·Bagi yang kali pertama membuat kek ini, mungkin semasa
melapis kek dengan kastad akan mengambil masa sedikit. Bila masa panjang,
kemungkinan adunan kastad akan mula mengeras dan ini menyukarkan proses merata
kastad pada kek.
·Tapi, jangan khuatir... Kalau lihat kastad di dalam periuk
tu mula mengental, just tambah sikit air biasa atau santan dan kacau kejap di
atas api dapur. Nanti kastad tu akan cair semula. So bolehlah terus menyambung
kerja-kerja melapis kek anda.
Nota saya:
*Untuk setiap lapisan sy gunakan 4 senduk besar dirumah saya.(baru
lapisan akan jadi cantik lepas ni kena reminder diri sendiri, takut lupa)
*Gunakan santan segar , rasanya akan lebih sedap
* Gunakan agar2 serbuk (*penting)