Sunday, 26 October 2014

Pandan Layer Kek

Assalamualaikum...

Cuti dua ari pada minggu lepas, saya gunakan waktu sebaik2nya dengan menghabiskan masa didepan mesin jahit dan dapur...dan dikesempatan itu sy gunakan dengan membuat Pandan Layer Kek. Dah lama saya tak buat kek ni, dulu pernah buat sekali, rasa macam tak menepati selera, sampai sudahnya hingga kehari ini, masih sama, tapi tiba2 hati tu kuat mengatakan nak makan!!!!! aih!!!tambah2 pulak, sekarang sy nengok macam dah fofular balik kek ni....dah jadi macam hot market pulak dikedai2 kek.. tu yg mcm bertambah2 perasaan nak buat tu..jenuhla sy mencari tepung Hoon Keow pewarna hijau @ putih, sampai 3 market sy pergi baru jumpa..bila time taknak ada jer sy tgk dirak...apalah nasib badan!!!!

Jom kita tengok resepi dibawah, tak lain dan tak bukan  dari Naz....kali ni memang sy puas hati dengan hasilnya superb walaupun rupa xdalah secantik mner, disebabkan tuannya tak sabar nak merasa kek nya, baru sejam perap dlm peti sejuk dah belasah...apa lah nasib badan..ingatkan mamanya saja yang laju dengan kek ni..rupanya anak2 pun sama ..dalam sehari dah abis dikerjakan kek yang bersaiz 9"ni.Alhamdulillah!!!!!! :)


 


PANDAN LAYER KEK
Untuk bahagian kek span sy menggunakan Resepi Chef Noraini , yang sy olah menjadikan kek Span Pandan.


 Kek Span Pandan

 Resepi Asal : Buku Resepi/Chef Noraini Zakaria (Kek Span Vanilla)

Bahan:
120gm Gula Kastor
10gm Ovallette
4 biji telur Grade A

130gm Tepung Kek*
1 sudu teh serbuk Penaik*
(Bahan bertanda* diayak bersama)

40gm Air
60gm minyak masak
1 sudu teh esen vanilla (sy gantikan 1 1/2 tbsp Pandan Emulco dan sedikit pewarna hijau)





Cara-Caranya:-
1) Griskan acuan kek bulat berukuran 8" @ 9:. Lapis dgn kertas serap minyak.Panaskan ketuhar pd suhu 180C (sy guna suhu 170C)
2) Satukan gula,ovallette, telur & bahan A kedalam mangkuk pengadun.Pukul dengan kelajuan untuk sebatikannya. Tukar kelajuan tinggi & dan pukul lagi hingga kembang selama 5 minit.
3) Perlahankan kelajuan dan tuangkan air & esen pandan emulco serta pewarna hijau. Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 5 minit lagi hingga adunan ringan dan gebu.
4)Masukkan minyak dan dikacau sebati.
5) Tuang adunan kedalam acuan. Bakar selama 45 minit.
6)Setelah masak, terlangkupkan agar tidak mendap.Setelah 5 minit, terbalikkan semula dan lorek tepinya dengan pisau dan keluarkan kek. Biarkan ia sejuk.

Manakala untuk Kastard Pandan sy gunakan cara Naz dari ovenkecil.blogspot.com. Terima Kasih yer naz kerana sudi mewar-warkan resepi ni...


KASTAD PANDAN

Bahan-bahan:
·1200 ml santan atau susu cair (sy guna santan lagi sedap)
· 1 cawan gula kastor
· 10 gm serbuk agar-agar
· 100 gm tepung Hoen Kwe warna putih/ warna hijau
· Secubit garam
· Perisa pandan dan pewarna hijau(kalau dah guna tepung Hoen Kwe yang bewarna hijau, pewarna hijau ni tak perlu)

Cara-cara:
1.Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masak sambil mengacau-ngacau adunan hingga likat. Kacau guna whisk jer.
2. Bila dah likat, tutup api. Jangan terlalu likat sangat sebab nanti susah nak layer pada kek.
** Kalau guna santan, santan tu tak perlu likat sangat. Santan biasa jer.



CARA MELAPIS KEK
1.Sedikan loyang. Lapik dasar loyang dengan plastik. Kalau tak nak lapik pun boleh juga.
2.Tuang sedikit kastad dan ratakan. Ambil sekeping kek dan letak di atas kastad tadi.
3.Kemudian tuang sedikit kastad lagi dan ratakan. Untuk bahagian tepi-tepi kek, sekiranya rasa susah nak masukkan kastad, boleh guna pipping bag. Pancitkan je kastad tu biar penuh di bahagian tepi-tepi kek.
4.Buat hingga habis kesemua lapisan kek dan kastad digunakan dengan bahagian atas sekali adalah lapisan kastad. 
5.Kemudian hentak-hentak manja sikit loyang tu biar padat kastad tu. Then biar kastad keras.
6.Bila dah keras, tarik sikit kastad dari tepi-tepi loyang. Nanti nampak kastad akan meregang dari tepi-tepi loyang. Terbalikkan dan keluarkan loyang dari kek kastad.
7.Hias ikut suka. Naz selalu sapu kek dengan fresh cream (yang telah kental) atau sapu dengan pipping gel dan taburkan kelapa parut kering.
8.Simpan beberapa jam di dalam peti sejuk sebelum dihidang sebab kek ni memang sedap dimakan sejuk.

NOTA & TIPS NAZ:
·Bagi yang kali pertama membuat kek ini, mungkin semasa melapis kek dengan kastad akan mengambil masa sedikit. Bila masa panjang, kemungkinan adunan kastad akan mula mengeras dan ini menyukarkan proses merata kastad pada kek. 
·Tapi, jangan khuatir... Kalau lihat kastad di dalam periuk tu mula mengental, just tambah sikit air biasa atau santan dan kacau kejap di atas api dapur. Nanti kastad tu akan cair semula. So bolehlah terus menyambung kerja-kerja melapis kek anda.

         Nota saya:
*Untuk setiap lapisan sy gunakan 4 senduk besar dirumah saya.(baru lapisan akan jadi cantik lepas ni kena reminder diri sendiri, takut lupa)
*Gunakan santan segar , rasanya akan lebih sedap
* Gunakan agar2 serbuk (*penting)










No comments:

Post a Comment