Thursday, 23 October 2014

Pizza



Assalamualaikum...
Lepas balik kerja petang semalam mcm rase tak nak masak nasi tuk makan malam, lagipun dah berjanji dengan budak-budak nak buat pizza...so apalagi singgah kedai beli sardin satu (1) tin..Rasanya itu barang ajerlah yang tak cukup...takpalah kali ni, buat inti sardin pulak la tuk budak-budak....
Budak-budak kat rumah ni laju ajer kalau pizza sekelip mata jer abis...

Jom !!!! Ikut saya layan resepi dari dayang ni..terima kasih dayang!!!!!!


Resepi Dayang Jack@ Dapurku Sayang

Pizza Base 1:
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil yis segera mauripan
2 sudu besar susu tepung
160ml air suam
1 sudu besar gula halus
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu besar bread softener (pelembut doh)
1 sudu besar olive oil atau marjerin (saya guna miyak sayur jer)

Cara-Caranya:

1) Rendam yis bersmaa air suam selama 10 minit ( yis yang baik akn menghasilkan buih)
2) Dalam mangkuk/bekas berasingan campurkan kesemua bahan yang selebihnya dan gaul/ramas dengan hanya menggunakan jari. Kemudian, buatkan lubang2 ditengah dan tuangkan yis tadi perlahan-lahan. Uli
sehingga menjadi doh yang elastik.



Semua bahan dicampurkan kecuali yis dan air suam




Doh yang sudah siap di uli


2) Simpan doh di dalam satu bekas yang agak besar dan tutup kemas dgn kain lembab. Rehatkan doh selama 45-50 minit.



Doh yang telah disimpam 30-45mnt


3)Panaskan oven pada suhu 180C. Sediakan acuan/loyang/pan pizza. Lengserkan sedikit dengan minyak zaitun.
4) Keluarkan doh dari bekasnya. Tumbuk-tumbukkan sedikit untuk keluarkan angin. Kemudian letakkan doh di dalam pan dengan hanya menekan dengan telapak tangan sahaja. Tidak perlu dicanai (tapi kalau nak, boleh juga). Ratakan doh sehingga padat.
5) Cucuk permukaan doh dengan garpu dan sapukan dengan minyak zaitun di tepi-tepi doh dengan berus pastri(supaya ia akan kelihatan cantik dan berkilat setelah masak). Biarkan ia rehat selama lebih kurang 10 minit.
6) Bakar doh selama 7-10 minit. Kemudian keluarkan dari oven.(Step ni sy skip..hehheheh...)
7) Akhir sekali ratakan dengan sos tomato, mayonis dan bahan-bahan topping yang lain. Tuangkan sos keju dan taburkan keju parut.



8) Bakar selama 20 minit atau hingga keperangan.


B) Topping/Filling
  
400 g daging cincang (dicincang/minced) (kali ni saya gantikan dengan sardin, sebelum ni i just follow jer resepi dayang ni....)
3 ulas bawang putih (dicincang)
1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
1/2 botol sos spagetti lada hitam (lain-lain pun boleh) 
sedikit garam dan gula
3 sudu besar mentega

untuk hiasan :
sedikit oregano kering
cendawan shitake
hirisan nenas
hirisan kapsikum ( x letak pun ni)
hirisan bawang besar (x letak jugak, sebab ank2 sy x suka makan)
keju parut
lain-lain ikut suka


NOTE: Letak cheese byk2 pasti sedap!!!
  
Cara-cara :
 Panaskan mentega di dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang besar sampai perang. Masukkan minced beef/chicken dan kacau rata-rata. Biarkan ia kering seketika. Kemudian masukkan bahan-bahan selebihnya. Kacau hingga pekat/kering.

OK ...TRY CUBA TEST PASTI TAK RUGI...cuba tahu!!!

No comments:

Post a Comment