Ni entry 2,3 ari lepas.tak lepas sy nk post , ada teknikal problem!!!
Dua, tiga hari ini saya rasa macam penat sgt, smlm lagilah sy rase mood saya down sgt, dengan beberapa masalah..mmm..Hanya pada Allah tempat saya mengadu, sy percaya bila kita yakin pd Allah, kita mampu melaluinya walaupun pahit. Hidup saya dilanda mendung sejak hampir dua tahun, tapi sy tetap tabah walau kadang2 sy rasa tak kuat dan hampir tersungkur......:'(
Bila kita yakin dan percaya dengan segala janji Allah...insyaallah pasti akan ada jalannya, oleh itu sy berusaha berubah kearah lebih baik mendekati kejalan Allah..Bila sy asyik moody jer smlm, asik salah jer post sampai 2,3 delete smlm punya entry....entahla..saat ianya datang menguji cepat benar jiwa ini melatah...
Alhamdulillah lewat petang sy dihujani berita gembira..tapi gembira ker saya???? hehhehehe....tak tahu lagi, cuma sy berharap ini adalah penantian yang terkhir saya harapkan akn mengubah nasib saya dan anak2...
Panjangnya celoteh saya hari ini..mentang2la saya masuk keje 1/2 day ari ni, pagi tadi saya settlekan beberapa masalah...Smlm punyer cerita sy tinggalkan nasi berlauk untuk anak2 bila balik kerja dah hampir langsai pun..Pagi ni punya cerita saya sediakan "Roti Daging Cheese bersalut Crumb" pelik tapi benar..Resepinya..entahla..saya pakai main campak dan hentam sahaja..hehehhe
Jom Layan resepi saya yg tak semenggah ni....Sudi2kanla cuba, bagi orang yg hantukan cheese dan mayonis pasti suka....boleh ajer nak ubahsuai asal ke dengan selera. Bagi saya roti daging ni sedap dimakan panas2..Laju jer..bila dah sejuk cam muak ckit...

Jom layanzzzz!!!!!!!!!
Bahan2Nya
(A) Inti
100gm Daging/Ayam cincang
1/2 cawan air
2 sudu butter/minyak
1/2 biji Bawang Holland- dipotong dadu halus
Sedikit Lada sulah
Sedikit Black pepper
kicap sedikit
Carrot 1/2 batang - dipotong dadu halis
Daun Bawang - dihiris halus
Garam dan perasa secukup rasa

Cara2Nya:
1) Panaskan minyak kemudian letakkan daging cincang dan air untuk dimasak agar empuk sedikit dan hancur.
2) Setelah air kering, masukkan bawang dan tumis sehingga naik bau.Letakkan lada sulah dan black pepper seta sedikit kicap.(Pagi ni sy skip langkah ni, saya masukkan lebihan sos prosperity burger kelmarin yg difrozen).
3) Masukkan Carrot dan daun bawang dan letakkan garam dan perasa setelah cukup masak dan cukup rasa.
4) Biarkan sejuk.
(B) Bahan B
Roti sandwich
Marjerin
Mayonis
Cheese Slice
Cili sos (pilihan suka nak letak)
Cara2Nya:-
1) Sapu marjerin pada roti. kemudian letakkan mayonis
2) Selepas itu saya letakkan mayonis .
3) Dan letakkan daging cincang serta dilapik diatasnya dengan cheese slice, kemudian ditutup kembali dengan kepingan roti.
(C) Bahan C
Bread Crumb (Serbuk roti)
Telur 3 biji
1) Telur dipukul sedikit supaya sekata.
2) Ambil 'B' tadi celup didalam telur dan kemudian bread crumb dan bolehlah digoreng didalam kuali sehingga bewarna keperangan.
3) Angkat dan bolehla menikmati hidangan....ngeh..ngeh....

No comments:
Post a Comment