Thursday, 30 October 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pagi ni saya betul2 kelam kabut dibuatkan bila balik kerja petang semalam elektrik 1 kawasan apartmen tak ada!!!!..dapat info dari jiran2 dan mulut ank2 yang ramai ni, box apa ntah yang rosak ker terbakar....mgkin dibilik TNB kawasan kami ni la......

Semalam berjanji dengan kak Ana nak bagi dia kek Keladi Layer...selalu kita dengar Pandan Layer kan..kali ni mulut sy teringin sangat nk makan Keladi Layer..barang2 semua dah standby kat umah dah siap beli, tapi dsebabkan elektrik tak ada..kantoi project!!!!!

Pukul brp elektrik ada pun tak tahu saya tido awal sebab penat..sedar2, 3.30pagi semua dah ada..hehehheh......Nak buat Keladi Layer memang tak mungkinla sebab dah pagi, tambah2 saya ada order Pavlova dan Cream Puff..harap2 customer sy puas hati..Last2 minit dah jadi kelam kabut sangat...

Hancussss impian sy nak msuk kerja dengan hemahnya hari ni..dahla ari2 pun kelam kkelabut gak..adooooiiiiii..apa nak buat naasib baaaaaadaaaannn...

Jom layan gambar Pavlova dan Cream Puff..Terima Kasih semua..Alhamdulillah rezeki dr Allah untuk anak2 mama...


 Pavlova 1 lapis..harap2 customer saya puas hati..insyaallah... :)


Cream Puff castard..inipun salah satu pujaan anak2 mama..Tapi hari ni buat tuk customer...

Wednesday, 29 October 2014

Skill Practice-Deko Swirl Rose







Assalamualaikum..


Saya memang tak pernah buat sebelum ni sebab memang tak pandai...sy google..saya search kat tnet  (eh2 google dgn search bukan lbh kurang ker maksudnya????)
Tanya kawan2 sealiran..terima kasih pd mereka yg memberi tunjuk ajar dalam membantu sy merealisasikan angan2 saya yang tak sudah ni..hihihihihi...

Apapun berbaloila dengan percubaan kali pertama ni kan???? hehehheeh....
Sambil2 buat kek orang bolehla lebihan2 cream tu saya buat pada kek yang hendak saya hancurkan rupanya..kikikiki..

Alhamdulillah suka betul anak2 saya..masing2 berebut nakkannya..padahal dalamnya kek biasa ajer dan asalnya ini kek yg telah diriject oleh sy kerna tak menepati piawaian jualan saya..(eleh2...macam terer benor saya buat kek yer..ber ISO bagai pulak , ada piawaian)

Apapun ..lain kali boleh practice lagi...practice make perfect..betul tak??????

Doa2kan semoga saya mencapai impian saya untuk bergelar usahawan dan membuka perniagaan saya sendiri nnti..Insyaallah ...
Amiin 3x....

Kek Coklat Span

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....

Dua ari lepas dan semalan saya dapat order dari customer baru kek span coklat dan muffin 300 biji dari rakan sekolah lama saya .....Semoga diaorang berpuas hati dengan hasil dan rasanya...

Deko2 kek ni sy tak berapa pandai sgt...banyak lagi yang saya kena belajar...Insyaallah ..tiada aral dan melintang harap dapat tunaikan impian saya suatu hari nanti....hopefully.......


Enjoy dengan gambar yang sy snap tak seberapa ni...
Jom layanzzzzzz......

 Muffin coklat dan vanilla yg tengah disejukkan




Kali pertama saya deko kek bunga rose....Alhamdulillah..walaupun x secantik orang lain...hehehehhe...

Roti Daging Cheese Bersalut Crumb

Assalamualikum dan salam sejahtera....

Ni entry 2,3 ari lepas.tak lepas sy nk post , ada teknikal problem!!!

Dua, tiga hari ini saya rasa macam penat sgt, smlm lagilah sy rase mood saya down sgt, dengan beberapa masalah..mmm..Hanya pada Allah tempat saya mengadu, sy percaya bila kita yakin pd Allah, kita mampu melaluinya walaupun pahit. Hidup saya dilanda mendung sejak hampir dua tahun, tapi  sy tetap tabah walau kadang2 sy rasa tak kuat dan hampir tersungkur......:'(

Bila kita yakin dan percaya dengan segala janji Allah...insyaallah pasti akan ada jalannya, oleh itu sy berusaha berubah kearah lebih baik mendekati kejalan Allah..Bila sy asyik moody jer smlm, asik salah jer post sampai 2,3 delete smlm punya entry....entahla..saat ianya datang menguji cepat benar jiwa ini melatah...

Alhamdulillah lewat petang sy dihujani berita gembira..tapi gembira ker saya???? hehhehehe....tak tahu lagi, cuma sy berharap ini adalah penantian yang terkhir saya harapkan akn mengubah nasib saya dan anak2...

Panjangnya celoteh saya hari ini..mentang2la saya masuk keje 1/2 day ari ni, pagi tadi saya settlekan beberapa masalah...Smlm punyer cerita sy tinggalkan nasi  berlauk untuk anak2 bila balik kerja dah hampir langsai pun..Pagi ni punya cerita saya sediakan "Roti Daging Cheese bersalut Crumb" pelik tapi benar..Resepinya..entahla..saya pakai main campak dan hentam sahaja..hehehhe

Jom Layan resepi saya yg tak semenggah ni....Sudi2kanla cuba, bagi orang yg hantukan cheese dan mayonis pasti suka....boleh ajer nak ubahsuai asal ke dengan selera. Bagi saya roti daging ni sedap dimakan panas2..Laju jer..bila dah sejuk cam muak ckit...






Jom layanzzzz!!!!!!!!!

Bahan2Nya

(A) Inti
 100gm Daging/Ayam cincang
1/2 cawan air
2 sudu butter/minyak
1/2 biji Bawang Holland- dipotong dadu halus
Sedikit Lada sulah
Sedikit Black pepper
kicap sedikit
Carrot 1/2 batang - dipotong dadu halis
Daun Bawang - dihiris halus
Garam dan perasa secukup rasa


Cara2Nya:
1) Panaskan minyak kemudian letakkan daging cincang dan air untuk dimasak agar empuk sedikit dan hancur.
2) Setelah air kering, masukkan bawang dan tumis sehingga naik bau.Letakkan lada sulah dan black pepper seta sedikit kicap.(Pagi ni sy skip langkah ni, saya masukkan lebihan sos prosperity burger kelmarin yg difrozen).
3) Masukkan Carrot dan daun bawang dan letakkan garam dan perasa setelah cukup masak dan cukup rasa.
4) Biarkan sejuk.

(B) Bahan B

Roti sandwich
Marjerin
Mayonis
Cheese Slice
Cili sos (pilihan suka nak letak)


Cara2Nya:-

1) Sapu marjerin pada roti. kemudian letakkan mayonis
2) Selepas itu saya letakkan mayonis .
3) Dan letakkan daging cincang serta dilapik diatasnya dengan cheese slice, kemudian ditutup kembali dengan kepingan roti.

(C) Bahan C
Bread Crumb (Serbuk roti)
Telur 3 biji

1) Telur dipukul sedikit supaya sekata.
2) Ambil 'B' tadi celup didalam telur  dan kemudian bread crumb dan bolehlah digoreng didalam kuali sehingga bewarna keperangan.
3) Angkat dan bolehla menikmati hidangan....ngeh..ngeh....










Sunday, 26 October 2014

Prosperity Burger

Assalamualikum dan SAlam sejahtera...

Hari Ahad semalam sy tak masak nasi, disebabkan dah lama mengidam nak makan prosperity burger ala2 Mcd, sy tanya pd kawan2 sy yg tahu dimana ada jual daging dan roti oblong,(malas pulak nak menguli buat rotinya, padahal bukan susah sgt pung!!! :) susah jugak nak dapatkan area sini kalo tak keMydin USJ. Akhirnya sy dapat jugak di kawasan Puchong ni. resepi ini sy dapatkan dari Myresepi. tak rugi mencubanya memang sedap, kalau tak dipikirkan anak yg masih kecik Zamir ni, memang lagi kaw pedasnya sy buat..tak puas rasanya makan kalau tak pedas, alternatifnya sy letakkan sos cili semasa dilapisan roti.Sampaikan anak dara saya no.2 siap menjilat2 jarinya kata sedap sos prosperity, siap cakap "mama, kalo kuah tu ada lebih , simpan tau, nini nak makan..sedap!!!! :)" .meh kita tengok resepi ni, ramai juga blogger lain yg telah mencuba resepi ini.





Resepi Asal : My Resepi (Acik Yarn)

Prosperity Burger

Bahan2Nya :

2 sudu butter
tepung jagung(standby)
1 1/2 sudu tepung
1 biji bawang besar(potong dadu)
sebiji tomato (potong dadu)
seketul kiub ayam knors
2 cawan air
sedikit kicap pekat
sedikit sos cili/sos tomato
garam  gula secukup rasa
1 sudu lada hitam(tumbuk halus)*boleh lebihkan amaun ikut selera

Cara2Nya:

1))Cairkan butter dengan api kecil. Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang.
2)Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
3) Masukkan kiub ayam dan kacau.
4) Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili(amaun ikut suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati.
5) Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau.
6) Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa.
7) Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak.
8) Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat.Apabila sejuk sos akan lebih likat.9
9) Boleh dihidangkan semasa panas.Ermmm sedap..
Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jgn sampai hitam sgt, agak2 kecoklatan dah cukup.nanti tk cantik bile dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam.

Hiasan :
Bawang Besar (Yang bewarna kuning-Holland)

Salad
Mayonis
Cili Sos

Pandan Layer Kek

Assalamualaikum...

Cuti dua ari pada minggu lepas, saya gunakan waktu sebaik2nya dengan menghabiskan masa didepan mesin jahit dan dapur...dan dikesempatan itu sy gunakan dengan membuat Pandan Layer Kek. Dah lama saya tak buat kek ni, dulu pernah buat sekali, rasa macam tak menepati selera, sampai sudahnya hingga kehari ini, masih sama, tapi tiba2 hati tu kuat mengatakan nak makan!!!!! aih!!!tambah2 pulak, sekarang sy nengok macam dah fofular balik kek ni....dah jadi macam hot market pulak dikedai2 kek.. tu yg mcm bertambah2 perasaan nak buat tu..jenuhla sy mencari tepung Hoon Keow pewarna hijau @ putih, sampai 3 market sy pergi baru jumpa..bila time taknak ada jer sy tgk dirak...apalah nasib badan!!!!

Jom kita tengok resepi dibawah, tak lain dan tak bukan  dari Naz....kali ni memang sy puas hati dengan hasilnya superb walaupun rupa xdalah secantik mner, disebabkan tuannya tak sabar nak merasa kek nya, baru sejam perap dlm peti sejuk dah belasah...apa lah nasib badan..ingatkan mamanya saja yang laju dengan kek ni..rupanya anak2 pun sama ..dalam sehari dah abis dikerjakan kek yang bersaiz 9"ni.Alhamdulillah!!!!!! :)


 


PANDAN LAYER KEK
Untuk bahagian kek span sy menggunakan Resepi Chef Noraini , yang sy olah menjadikan kek Span Pandan.


 Kek Span Pandan

 Resepi Asal : Buku Resepi/Chef Noraini Zakaria (Kek Span Vanilla)

Bahan:
120gm Gula Kastor
10gm Ovallette
4 biji telur Grade A

130gm Tepung Kek*
1 sudu teh serbuk Penaik*
(Bahan bertanda* diayak bersama)

40gm Air
60gm minyak masak
1 sudu teh esen vanilla (sy gantikan 1 1/2 tbsp Pandan Emulco dan sedikit pewarna hijau)





Cara-Caranya:-
1) Griskan acuan kek bulat berukuran 8" @ 9:. Lapis dgn kertas serap minyak.Panaskan ketuhar pd suhu 180C (sy guna suhu 170C)
2) Satukan gula,ovallette, telur & bahan A kedalam mangkuk pengadun.Pukul dengan kelajuan untuk sebatikannya. Tukar kelajuan tinggi & dan pukul lagi hingga kembang selama 5 minit.
3) Perlahankan kelajuan dan tuangkan air & esen pandan emulco serta pewarna hijau. Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 5 minit lagi hingga adunan ringan dan gebu.
4)Masukkan minyak dan dikacau sebati.
5) Tuang adunan kedalam acuan. Bakar selama 45 minit.
6)Setelah masak, terlangkupkan agar tidak mendap.Setelah 5 minit, terbalikkan semula dan lorek tepinya dengan pisau dan keluarkan kek. Biarkan ia sejuk.

Manakala untuk Kastard Pandan sy gunakan cara Naz dari ovenkecil.blogspot.com. Terima Kasih yer naz kerana sudi mewar-warkan resepi ni...


KASTAD PANDAN

Bahan-bahan:
·1200 ml santan atau susu cair (sy guna santan lagi sedap)
· 1 cawan gula kastor
· 10 gm serbuk agar-agar
· 100 gm tepung Hoen Kwe warna putih/ warna hijau
· Secubit garam
· Perisa pandan dan pewarna hijau(kalau dah guna tepung Hoen Kwe yang bewarna hijau, pewarna hijau ni tak perlu)

Cara-cara:
1.Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masak sambil mengacau-ngacau adunan hingga likat. Kacau guna whisk jer.
2. Bila dah likat, tutup api. Jangan terlalu likat sangat sebab nanti susah nak layer pada kek.
** Kalau guna santan, santan tu tak perlu likat sangat. Santan biasa jer.



CARA MELAPIS KEK
1.Sedikan loyang. Lapik dasar loyang dengan plastik. Kalau tak nak lapik pun boleh juga.
2.Tuang sedikit kastad dan ratakan. Ambil sekeping kek dan letak di atas kastad tadi.
3.Kemudian tuang sedikit kastad lagi dan ratakan. Untuk bahagian tepi-tepi kek, sekiranya rasa susah nak masukkan kastad, boleh guna pipping bag. Pancitkan je kastad tu biar penuh di bahagian tepi-tepi kek.
4.Buat hingga habis kesemua lapisan kek dan kastad digunakan dengan bahagian atas sekali adalah lapisan kastad. 
5.Kemudian hentak-hentak manja sikit loyang tu biar padat kastad tu. Then biar kastad keras.
6.Bila dah keras, tarik sikit kastad dari tepi-tepi loyang. Nanti nampak kastad akan meregang dari tepi-tepi loyang. Terbalikkan dan keluarkan loyang dari kek kastad.
7.Hias ikut suka. Naz selalu sapu kek dengan fresh cream (yang telah kental) atau sapu dengan pipping gel dan taburkan kelapa parut kering.
8.Simpan beberapa jam di dalam peti sejuk sebelum dihidang sebab kek ni memang sedap dimakan sejuk.

NOTA & TIPS NAZ:
·Bagi yang kali pertama membuat kek ini, mungkin semasa melapis kek dengan kastad akan mengambil masa sedikit. Bila masa panjang, kemungkinan adunan kastad akan mula mengeras dan ini menyukarkan proses merata kastad pada kek. 
·Tapi, jangan khuatir... Kalau lihat kastad di dalam periuk tu mula mengental, just tambah sikit air biasa atau santan dan kacau kejap di atas api dapur. Nanti kastad tu akan cair semula. So bolehlah terus menyambung kerja-kerja melapis kek anda.

         Nota saya:
*Untuk setiap lapisan sy gunakan 4 senduk besar dirumah saya.(baru lapisan akan jadi cantik lepas ni kena reminder diri sendiri, takut lupa)
*Gunakan santan segar , rasanya akan lebih sedap
* Gunakan agar2 serbuk (*penting)










Thursday, 23 October 2014

Pizza



Assalamualaikum...
Lepas balik kerja petang semalam mcm rase tak nak masak nasi tuk makan malam, lagipun dah berjanji dengan budak-budak nak buat pizza...so apalagi singgah kedai beli sardin satu (1) tin..Rasanya itu barang ajerlah yang tak cukup...takpalah kali ni, buat inti sardin pulak la tuk budak-budak....
Budak-budak kat rumah ni laju ajer kalau pizza sekelip mata jer abis...

Jom !!!! Ikut saya layan resepi dari dayang ni..terima kasih dayang!!!!!!


Resepi Dayang Jack@ Dapurku Sayang

Pizza Base 1:
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil yis segera mauripan
2 sudu besar susu tepung
160ml air suam
1 sudu besar gula halus
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu besar bread softener (pelembut doh)
1 sudu besar olive oil atau marjerin (saya guna miyak sayur jer)

Cara-Caranya:

1) Rendam yis bersmaa air suam selama 10 minit ( yis yang baik akn menghasilkan buih)
2) Dalam mangkuk/bekas berasingan campurkan kesemua bahan yang selebihnya dan gaul/ramas dengan hanya menggunakan jari. Kemudian, buatkan lubang2 ditengah dan tuangkan yis tadi perlahan-lahan. Uli
sehingga menjadi doh yang elastik.



Semua bahan dicampurkan kecuali yis dan air suam




Doh yang sudah siap di uli


2) Simpan doh di dalam satu bekas yang agak besar dan tutup kemas dgn kain lembab. Rehatkan doh selama 45-50 minit.



Doh yang telah disimpam 30-45mnt


3)Panaskan oven pada suhu 180C. Sediakan acuan/loyang/pan pizza. Lengserkan sedikit dengan minyak zaitun.
4) Keluarkan doh dari bekasnya. Tumbuk-tumbukkan sedikit untuk keluarkan angin. Kemudian letakkan doh di dalam pan dengan hanya menekan dengan telapak tangan sahaja. Tidak perlu dicanai (tapi kalau nak, boleh juga). Ratakan doh sehingga padat.
5) Cucuk permukaan doh dengan garpu dan sapukan dengan minyak zaitun di tepi-tepi doh dengan berus pastri(supaya ia akan kelihatan cantik dan berkilat setelah masak). Biarkan ia rehat selama lebih kurang 10 minit.
6) Bakar doh selama 7-10 minit. Kemudian keluarkan dari oven.(Step ni sy skip..hehheheh...)
7) Akhir sekali ratakan dengan sos tomato, mayonis dan bahan-bahan topping yang lain. Tuangkan sos keju dan taburkan keju parut.



8) Bakar selama 20 minit atau hingga keperangan.


B) Topping/Filling
  
400 g daging cincang (dicincang/minced) (kali ni saya gantikan dengan sardin, sebelum ni i just follow jer resepi dayang ni....)
3 ulas bawang putih (dicincang)
1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
1/2 botol sos spagetti lada hitam (lain-lain pun boleh) 
sedikit garam dan gula
3 sudu besar mentega

untuk hiasan :
sedikit oregano kering
cendawan shitake
hirisan nenas
hirisan kapsikum ( x letak pun ni)
hirisan bawang besar (x letak jugak, sebab ank2 sy x suka makan)
keju parut
lain-lain ikut suka


NOTE: Letak cheese byk2 pasti sedap!!!
  
Cara-cara :
 Panaskan mentega di dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang besar sampai perang. Masukkan minced beef/chicken dan kacau rata-rata. Biarkan ia kering seketika. Kemudian masukkan bahan-bahan selebihnya. Kacau hingga pekat/kering.

OK ...TRY CUBA TEST PASTI TAK RUGI...cuba tahu!!!

Wednesday, 22 October 2014

Blackforest Kek

Assalamualaikum,

Hari ini saya sediakan 1 resepi untuk tatapan anda semua yang sudi berkunjung ke blog saya....tak susah sebenarnya jika kita tahu kaedah cara yang betul untuk buat kek...

Harap anda semua sudi mencubanya....tak cuba tak tahu kan....???? kalo agak2 rasa susah meh tempah dekat saya...kikiki..Dulu cukup familiar blackforest kek ni, sekarang org dah mula makin melupakan bila dah macam2 jenis kek pesen sekarang ni....saya pun suker ajer dengan kek ni..tak jemu2 makan.... :)
Jom layankan resepi saya dibawah ini... :-





A) Kek Span Coklat
Resepi Asal : Chef Noraini Zakaria (Buku Kompilasi Hidangan Kek)

Bahan-Bahan
150gm gula kastor (saya kurangkan)
110gm Tepung kek*
20gm serbuk koko*
1 sudu teh serbuk penaik*   # Ayak semua bahan bertanda *

75gm Minyak Masak (saya selalu gantikan dengan minyak jagung/sayur)
15gm Ovallette
5 biji telur

60gm Air**
1 sudu teh emulco coklat** # bahan ini dicampur sekali**

Cara2Nya:-

Cara  membuat:
1.Griskan acuan kek.Lapis dengan kertas serap minyak.Panaskan ketuhar pada sushu 180 darjah celcius.
2.Gaul ovalette dan gula kastor dalam mangkuk adunan.Masukkan telur sebiji -sebiji sambil dipukul hingga sebati.
3.Kemudian masukkan bahan yang bertanda * sedikit-sedikit sambil dikacau.
4.Pukul dengan kelajuan perlahan selama 2 minit untuk sebatikan adunan.Tukar kepada kelajuan tinggi selama 5 minit hingga adunan kembang dan gebu.
5.Perlahankan kelajuan dan tuangkan air emulco coklat yang bertanda ** .Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 5 minit lagi.
6.Masukkan minyak masak dan gaul perlahan-lahan hingga sebati.
7.Tuang adunan ke dalam acuan.Bakar selama 45 minit.(Saya bakar guna suhu 170C)
8.Keluarkan kek dari ketuhar dan terlangkupkan.Setelah 5 minit, pusingkan pada kedudukan asal.Tujuannya supaya  kek tidak mendap.
9.Hiaskan kek.


Bahan B (hiasan):
1 liter krim putar (non-dairy whipping krim)
100gm coklat masakan | dihiris @ diparut nipis
10 biji ceri marachino
10 keping hiasan coklat (tak letak)
1 tin ceri hitam (saya guna filling bluberi dlm tin)
Sedikit jus oren (tak letak)

Cara membuat:
1.Kek span coklat dihiris dua bahagian.Ketepikan.
2.Pukul krim putar dengan kelajuan sederhana selama 5 minit  sehingga kembang dan gebu.(Bila kita terbalikkan tak jatuh) Simpan sebentar dalam peti sejuk.
3.Letakkan kek span di atas papan kek berukuran 10 inci.Renjis jus oren di atas lapisan pertama.(saya gunakan air blueberry didalam tin untuk disapu atas kek).Ambil sedikit krim putar dan sapukan atas kek tadi.Susun buah ceri hitam di atasnya.(saya bluberry filling...susah oooo..mau dapat ceri hitam dkt cni, kdg2 ada, kdg2 takdek,,)
4.Kemudian letak lapisan kek span kedua.Lakukan sama seperti lapisan pertama tadi.Hias tepinya dengan hiasan coklat atau coklat urai.
5.Guna beg piping dan bentukkan rosette dikeliling kek.Hias denagn ceri marachino dan coklat hiris mengikut kesukaan anda.... :)


* Aduh ...lupa pulak nk snap gmbo masa dah potong...sorry yerk!!!



Order Dari Customer

Assalamualaikum...

Semalam cuti Deepavali, satu hari saya berkampung didapur menyiapkan tempahan dari customer yang sama..repeat order...Alhamdulillah semoga ikatan ukhwah antara saya dan customer yg dipanggil Kak Ana ni terus berjalan..Terima Kasih Kak Ana, sy kenal dengan kak Ana ini pun melalui FB, terima kasih banyak2 Kak Ana kerana menyokong minat saya, dan kebanyakan customer saya adalah customer tetap...Alhamdulillah syukur sgt2...meh kita layan , jamu mata2 kita dipagi hari ini dengan kek tempahan dari Kak Ana...
Maafkan sy , kalau ada terkurang yer kak ANa....







  2 biji kek blackforest untuk Kak Ana, katanya adiknya yang order sebenarnya...
Gambar atas 1kg
Gambar Bawah 0.5kg.


Ini semua melt cheese,macam2 perasa ada kat atas ni dari vanilla, strawberry dan coklat. tapi Kak Ana order sebenarnya 4 biji jer...termasuk customer lain pulak lagi 1....sorry...

Sunday, 19 October 2014

Pelanduk BBQ

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..Masa ari sabtu malam itu ari pergi kerumah abang di Seri Kembangan, Serdang dan dihidangkan pula dengan Pelanduk BBQ..nyum2..nyum... Jauh datang import ni katanya dari negeri Darul Iman Terengganu, memang sekarang ni abang asyik berulang alik ke Terengganu outstation, so dapatla merasalah Pelanduk, rasanya ..macamner yerk..mungkin sbb saya pikir pelanduk so tak berapa excited sgt kot rasanya nak makan....dengar pelanduk memang cam excited, tapi bila tgk rupa, tambah2 lagi ekornya...mmmmm.......

Resepi ni dari abang saya Zeds Simba jugak dia kasi dah lama , selalunya dia gunakan dalam masakan ayam goleknya memang power la...sesuai benor dengan resepi ini....kali ini, dicubanya ke atas pelanduk pulak.....hehehhehe....
Meh kita layannnnzzzzzzz.....


                                                                 Sebelum Di bakar


Resepinya di cini :-

2kg Ayam (kali ni digantikan dengan pelanduk)
1 biji bawang besar (kalau agak kecik, boleh ditambah lagi 1 biji)
5 ulas bawang putih
2cm halia
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil kunyit
2 batang serai
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil garam (@ secukup rasa)
1 cawan gula @ secukup rasa (boleh digantikan dengan madu lagi best!!!!)

Semua Bahan- bahan tadi di blender dan diperap dengan ayam (pelanduk). Biarkan sejam sekurang2nya baru power...

*Boleh tambah lada hitam ditumbuk sesiapa yang nakkan rasa podah dan perah asam limau untuk rasa yg masam sedikit...





Selepas dibakar

Chip Chocolate Muffin

Assalamualikum....

Semalam pagi ahad saya buatkan anak2 saya sarapan Muffin coklat..very simple ..
easy to do, easy to eat...hehehhehe...

Cepat jer hanis , camno senang buat nya cam tu jugala senang jo budak2 ni ngap...pejam celil.pejam celik tengok dulang dah tinggal kosong...Rugi tak buat senang ajer.....sedap pon sodap....


Resepi nya tak lain tak bukan dari Azie Kitchen la..mner lagi....



Rich Chocolate Chips Muffin
Oleh: Azie Kitchen

Bahan A
2 biji telur
1 cawan gula perang
100 ml susu segar
120ml minyak jagung
1/2 sk esen vanilla

Bahan B
190 gm tepung gandum
1 st baking powder double action
1/2sk baking soda
1/4 cawan serbuk koko
1/2 cawan choc chips (tinggalkan sedikit utk tabur)

Cara cara:
Satukan semua bahan A di dalam bekas dan kemudian ayakkan bahan B ke dalam bahan A. Gaul rata.



Tuang adunan dalam 3/4 penuh dan taburkan chocolate chips di atasnya. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C. Bakar selama 20 minit atau sehingga masak.





Hasil kuar dari oven.....memang menarik ni..letak banyak coklat chip lagi sodap...resepi ni ngam2 jer sesedap rasa...dah tak perlu kurangkan gula lagi..hehehhehe

Nota:
Jangan terlebih gaul untuk menghasilkan muffin yang sedap


Vanilla Rice Color Muffin



Semalam ahad yang sama juga , sambil tunggu coklat chip muffin masak, saya bancuh pulak tuk vanilla muffin, kak Azie letak coklat chip, tapi sebabkan saya nak kelainan, bagi anak2 saya makan meriah dan seronok dan tertarik, saya letakla..rice color..memang laju jer diaorng ambik makan yang vanilla ni....
Apapun terima kasih yerk Kak Azie, kak Azie ni memang tak kedekut ilmu.....

Hasilnya puas ler anak2 saya makan.....licin!!!!meh kita terjah resepi dibawah ni sambil2 tu boleh layan gambar2 yang ada....JOMMMMMMMM!!!!!!







Vanilla Rice Color  Muffin
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
125 gm tepung gandum - ayak dg baking powder
7 gm baking powder
75 gm minyak masak
75 gm susu sega
75 gm gula caster
1 biji telur B
1/2 sudu teh vanila
Sedikit chocolate chips - (saya gantikan dengan rice color didalam adunan dan tabur)

Cara cara:
Kacau sebati minyak, susu, gula, telur dan vanilla.
Masukkan sedikit demi sedikit tepung dan kacau sebati dengan menggunakan spatula sehingga tidak bergentel.

Masukkan ke dalam paper cup sebanyak 3/4 penuh. Tabur rice color di atasnya.


Bakar pada suhu 160C selama 30 minit atau sehingga masak.

Friday, 17 October 2014

sup perut muda

Assalamualaikum.....harini x ada apa yg istimewanya...biasa ajer, ari jumaat, sudah nak weekend...seronoknya!!!!! Ari ni saya massakan sup perut muda, disini saya tak pasti apa org panggil perut yg bertali panjang tu, kalau sebelah timur memang panggil perut muda,.ingatkan nak simpan sedikit selepas 2 jam diatas dapur merebusnya untuk dbuat  seperti kak Azie kitchen air asam perut, tapi bila dah direbus nampak sedikit, terus saya masukkan semua sekali didalam sup...resepinya tak adalh istimewanya, sama shj seperti orang lain menyediakkannya..jom kita layan gambar!!!!


Apapun , memang mulut saya tengah mengidam nk makan sup perut, teringat dulu2 kalau tak silap pernah makan dpasar siti khadijah, kelantan...terus terpaut hati....perut ni pun hasil dari raya haji yg lepas, kawan baik saya bagikannya pd sy, semetelah dia memang tahu sy memang sukakannya...apapun terima kasih yerk kawan!!!

Thursday, 16 October 2014

Nasi Kerabu Celup

Assalamualaikum..
Kali ni sy buat nasi kerabu celup. sebab apa sy namakan nya celup, sy gunakan pewarna biru, sebab bunga telang tu manerlah nak cari kat Puchong ni....kalau ada pun puas nak menanya orang, rupa entah kenal entah tidak...tulah masa kecik2 dulu biler mak masak lari main..suka benor main dgn geng2 laki, panjat pokok, main nyorok2, baling tin...bola sepak pun saya join!!!!! giler haru betul saya dulu masa zaman budak2...
Apapun jom tengok resepi sy gunakan yang dah berkali2 ni..memang mengancam habis!!!!!!! Tapi mintak maafla, saya tk ingat dr blog mner saya ambik resepi ni....apa2pun terima kasih daun keladi....halalkan yerk resepi yang saya gunakan dan post kembali disini...



Kali ni saya tambahkan ayam goreng...untuk anak-anak


A) Nasi (bunga telang-warna biru)
Beras 2 pot untuk 4@5 org makan
Serai 1 batang
Daun Limau Purut
Sehiris halia
Pewarna biru (saya tambah, sebab sy tak gunakan bunga telang)





B)) Kuah Tumis
Sedikit minyak tuk menumis
6 ulas bawang merah (saya guna bawang besar)
4 ulas bawang putih
2 hiris halia
1 keping asam keping
6 biji lada kering yg dikisar ( nak pedas boleh tambahkan lagi)
2 batang serai yg diketuk
garam secukup rasa
nisan @ gula merah (sy gunakan gula merah) secukupnya
1 gelas santan pekat

Caranya:-
Semua bahan diatas sy blender ajer..kecuali serai, asam keping, garama , gula dan santan. kemudian sediakan minyak untuk menumis, masukkan semua bahan yang diblender sampai garing @ naik bau. Akhir sekali masukkan santan , serai dan kemudian asam keping.Biarkan samapai agak pekat dan masukkan bahan perasa, garam dan gula secukup rasa...bolehla ditutup api.

C) Sambal Kelapa Goreng
1 Biji kelapa parut ( sy buat 1/2 kelapa parut jer)
5 ekor ikan direbus (biasanya ikan selayang la.....sy gunakan 3 ekor, jika ikn kecik sgt ambik 4 ekor)
5 ulas bawang merah (sy guna 3 biji bawang merah ajer)
1 batang serai
1 sudu kecil gula pasir (sy agak2 secukup rasa)
1 sudu keci garam (sy agak2 secukup rasa)
sedikit gula melaka

Caranya:-
Kelapa parut digoreng sedikit demi sedikit sampai kekuningan dan agak garing, tumbuk bawang merah sampai hancur, Masukkan garam, gula, gula merah,hirisan serai, dan tumbuk lagi. Kemudian masukkan kelapa goreng tadi dan ditumbuk agar rata.

D)Ulam-ulaman
Daun kesum
Bunga Kantan
Kacang Panjang
Timun Panjang
Daun serai kayu
Taugeh
cili padi
Kubis
Dll jika nak

Cara2nya :
Kesemua ulam2 ini dipotong halus dan dijadikan kerabu.

E) Budu

F) Air Lada
Lada @ cili padi dikisar dgn sedikit cuka, garam, gula dan sedikit air masak. Sedia dihidangkan bersama nasi kerabu.


eeeee....ada solok lada lah kali ni saya buat..untuk resepi solok lada nanti saya bagi kemudian yerk!!!!!




Telur masin ni feveret saya..wajib ada!!!!

Pandan Swiss Roll

Assalam..bertemu kembali..Hari ni sy rase macam perut saya meragam ckit...tulah mulut tak boleh makan asam, dah lama saya tak makan asam jeruk sebab dah tak ada keinginin sejak mengandung anak no 2 lagi, kalau tak dulu dari zaman remaja sampai anak no.1 , memang saya hantu asam, tapi tak taulah kenapa beralih arah siring dengan peningkatan usia....Apapun yang saya nak bentangkan kali ni bertentangan dengan celoteh saya berkaitan asam..hehehheh.......kali ni saya cuba buat dan olah dari resepi Vanilla Swiss Roll, sy tukarkan jadi Pandan Swiss Roll..sedap jugak!!! puji diri sendiri..Adooiiii!!!!!!!
Apapun citarasa setiap orang berbeza, ada 1/2 orang tak suka macam ni, suka macam tu..takda sapa yang salah...ikut citarasa masing2 yerk!!!!!mulut lidah lain2...so..suka atilah...
Meh tengok bawah ni resepi yang sy gunakan..maaf....resepi nya tak dapat dikenal pasti dari mner..maaf yerk!!!! :(. Saya sebenarnya  tak berapa minat dengan swiss roll, tapi disebabkan hendak membuat puding triffle sy terjah la blog2 yg ada buat swiss roll. tapi hasinya memangnya sedap!!! terus pulak jatuh cinta dgn swiss roll ni..





Pandan Swiss Roll

Bahan-bahan
4 biji telur
75gm gula castor
1 st ovalet
60gm tepung superfine
1/2 st baking powder
10gm susu tepung
1/2 st esen vanilla
75gm mentege : cairkan

Cara2nya:-
1) Pukul telur, gula dan ovalet hingga kembang
2) Tambahkan tepung superfine, baking powder dan susu tepung (sebelum tu diayak terlebih dahulu) dan gaul rata. Masukkan esen vanilla. Gaul rata lagi.
3) Masukkan mentega cair sedikit2 sambil digaul dengan perlahan hingga rata.
4) Tuang kedalam loyang 26x26x3cm yang telah digris dan dilapik dengan kertas pembakar
5) Bakar selama 25minit atau sehingga masak pada suhu 170C
6) Biarkan sejuk baru letak krim dan gulung kemas.

Bahan-Bahan Inti :
125gm krim keju
40gm gula kastor


Cara2nya:-
1)Pukul krim keju dan gula kastor sehingga berkrim dan lembut.
2) Sapukan pada permukaan kek, kemudian gulung dengan kemas (saya gulung dengan plastik supaya kemas dan biarkan beberapa jam..baru dipotong)


Boleh juga gunakan butter cream seperti sy gunakan kali ini..
resepi boleh rujuk dicini :- Buttercream

* 250gm butter/ shortening (kalo nak sedap guna butter, tapi kalo nk color tu putih cantik guna shortening         yerk)
* 125gm krimwell
& 125gm gula aising ( ayak dulu)


* Saya tambah jem strawberry selepas sapu krim...sedap!!!!!!kemudian baru dibungkus gulung kemas

Caranya :
* Pukul butter + krimwell hingga putih
* Masukkan gula aising dan pukul sehingga kembang


Tada!!!!!!! dah siap!!!!!


1st time buat kira oklah kan!!!!! lain kali nak buat lagilah...macam syok.........................pulak buat swiss roll ni..nanti nak buat cam kak ita masam manis belang2 zebra kikikikiki.....



Cotton Soft Japanese Cheese cake

Assalamualaikum..bertemu kembali, semalam tak sempat nak menyinggah kat blog, nak menambah, garam, gula lagi dlm blog ni, bzy + penat dan macam2 lagi...
Apapun kali ni saya sertakan resepi lagi..nak habiskan secepat yang mungkin koleksi yang saya simpan ni, orang lain dah post dah lama, saya baru nak kedek2 jalan itik nak mengepost..dah lama buat, tapi tulah baru tergerak hati nak berblog..betul2 ketinggalan zaman saya....apapun tujuan dan matlamat saya yang utama ialah agar masa depan anak2 saya dapat tengok balik aktiviti masakan mama diaorg , dan boleh jadikan panduan tuk diaorng..meh layan resepi sy..resepi ni saya ambil dari Azir kitchen..terima kasih kak Azie!!!!! :) Suker benor sy gunakan resepi dari kak Azie ni.....





Cotton Soft Japanese Cheesecake
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan

Bahan A:

250g cream cheese
50g butter
100 ml susu segar (fresh milk)
6 biji kuning telur
1 sdb jus lemon
1/4 sdk garam
60g tepung kek/tepung superfine
20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)


Bahan B:

140g gula (granulated sugar)
6 biji putih telur
3/4 sdk jus lemon

Cara-cara

Bahan A
Cairkan cream cheese, butter dan susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu tadi. Kemudian, campurkan tepung, tepung jagung, kuning telur, garam dan jus lemon ke dalam adunan cream cheese dan gaul hingga sebati.

Bahan B
Dalam bekas lain, pukul putih telur sampai berbuih buih (foamy). Lepas tu, tambahkan gula dan pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).

Campurkan adunan Bahan A tadi ke dalam adunan Bahan B yang dah gebu tu dan kacau sampai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci,(sy buat dalam bekas 11" x 4" , dpt 3 bekas yg gebu2 giler) yg digriskan bawahnya dan tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dalam tin kek.


Bakar kek pada suhu 160C dlm kira kira 1 jam, dengan cara bain-marie (waterbath).
(Saya bakar pd suhu 170C, ini bergantung pd oven masing2 yerk!!!!)


Tuesday, 14 October 2014

Puding Karamel

Assalamualaikum.
Hari ni rase cam stress ckit kerja, penat!!!! otak banyak berfikir..apa2 pun disini saya letakkan satu resepi untuk tatapan sesiapa yang sudi, orang kata ilmu tak baik kedekut, entah esok lusa kita hidup atau mati semuanya di tangan Allah...apa yang saya guna didalam masakan saya , macam itulah saya post disini agar semua dapat berkongsi rasa yang sama....hehhehehe....
Jom kita layanzzzzz RESEPI NI!!!!!




Puding Karamel

A) Karamel

- Gula 1 cawam

B) Puding

a) Susu segar 1 liter ( sy lebih suka gunakan full cream kerana rassanya lebih lemak)
b) Gula 1 cawan
c)1 tsp esen Vanilla
d) Telur 8 biji (Grade A)

Bahan A
a) Masakkan A didalam loyang size 9" sehingga gula bewarna keperangan dan tutup api dan biarkan sementara.

Bahan B
b) Campurkan gula , esen dan susu dan dikacau diatas dapur dengan perlahan supaya gula hancur. Kemudian ditutup api.
c) Selepas itu Campurkan telur kedalam adunan susu tadi dengan dikacau perlahan supaya tidak berbuih.
d) Tapiskan adunan susu kedalam bekas karamel.
e) Bolehlah dikukus ata bakar secara steam bath suhu 170C selama 1 jam.
f) Biarkan sejuk, kemudian terbalikkan didalam bekas lain dan disimpan dilam peti sejuk beberapa jam.
g) Sedap dimakan sejuk-sejuk.

* Nota : saya telah lama menggunakan resepi ini, bertahun2, tetapi dengan hanya kukus, tapi kini saya lebih suka menggunaka bakar secara steambath kerna hasil puding karamel lebih pejal dan sedap...

Cubalah..pasti tak menyesal...resepi yang simple tapi hasil yang memberansangkan... :)


Sunday, 12 October 2014

Pecan Butterscotch

Salam, bertemu kembali, setiap kali sy buat kek, kalau x puas hati mesti sy buat dan buat lagi, dulu sy rasa berblog susah sgt, tapi bila pikir dan pikir kalau x cuba tak tau kan?????? Alhamdulillah...lega rasanya akhirnya sy dpt realisasikan impian sy untuk tgk ank2 saya bakal mewarisi kecintaan saya bila didapur, dengan adanya ini, saya sentiasa dihati dan mata bersama mereka walau telah tiada......
Di bawah ni sy sertakan resepi butterscotch yang sy kira amat menepati selera saya, sebelum ni dah byk kali cuba pelbagai resepi butterscoth tapi ni adalah yg terbaik....feedback yg positif dari customer juga membuatkn sy rase seronok.......hihihihiii...cubalah pasti x mengecewakan, semua apa yg saya post semuanya saya dah cuba dan sebahagiannya adalah resepi modal sy menjual kek..terima kasih pd teman2 yg byk berkongsi rasa didalam masakan....
Tapi sayang sy x pasti resepi ni  siapa, kalau tak silap saya , sy ambil dari forum....pasti tak mengecewakan anda!!!!!!





Pecan Heaven

Traditional Sponge cake
A :
5 biji telur
120gm gula kastor
125gm tepung gandum
50gm air biasa
15gm ovallette
1 sudu teh esen vanilla

B:
65gm minyak jagung

Cara2nya:
1) Pukul A hingga kembang dan pekat
2) Masukkan B
3) Masukkan dalam acuan 9" . Bakar pada suhu 180" selama 30 hingga 45 mnt atau hingga masak.

Pecan Karamel
100gm kacang pecan dipanggang
100gm gula kastor

Cara2Nya:
1)Masak gula hingga keperangan,Masukkan pecan dan gaul rata.
2) Tuang atas bekas yg beralas parchment paper. Ratakan dan biarkan sejuk.
3) Pecah-pecahkan.

Sos Butterscotch
350gm gula kastor
250gm fresh cream
150gm butter
100gm white compound coklat (cincang halus)

Cara2Nya:
Masak gula hingga keperangan.
2) Angkat dari api dan masukkan fresh cream, kacau sebati.
3) Masukkan butter dan white coklate , kacau hingga larut dan sejukkan.

White Coklat Ganache
150gm fresh cream
300gm white compound coklat (cincang halus)

Cara2Nya:
Panaskan fresh cream, masukkan white coklat, kacau rata dan sejukkan sebelum dituang atas kek.

Topping/Filling kek:
500gm fresh cream
200gm sos butterscotch

Cara2nya :
1)Pukul fresh cream hingga soft peak
2) Masukkan sos butterscotch

Cara melapis:
1) Bahagi kek kpd 3 bahagian
2) Sapu filling dan taburkan kacang pecan karamel
3) Ulang pada lapisan ke2. Lapisan akhir filling keseluruh kek hingga menutupi kek. sejukkan sebentar.
4) Tuangkan white coklat dan hias dengan butterscotch dan kacang pecan

Untuk hiasan :
3 sudu butterscotch + 2 sudu coklat ganache putih


                                                                 Nyum2......sodap