Wednesday, 8 October 2014

Red Velvet ummmppphhh!!!!!




Assalamualaikum semua....

Sebenarnya kebanyakan kek2 ni yus dah buat lama, yus x pernah berblog,  sebelum ni, tapi tiba2 teringin pulak nk buat blog, kalo sebelum ni kebanyakan apa yg yus masak semuanya sy post dlm fb jer....Actually sebelum ni yus memang kekok dan jarang2 jer jadi kek yg yus buat, tapi keinginan, buat dan terus buat demi ank2 ..yerla ank2 sy ramai, kalau setiap kali nk beli..Adoooiii!!!!!!! bengkok jugak dibuatnya...Kali ni yus mencuba Red velvet, resepi sy tak ingat mabik dimana, tapi kalau x silap yus ni dari Anna Qawinna...halalkan resepi yerk..hasilnya pasti x mengecewakan....








                          Deko pun ntah apa2 ntah masa ni....hihiihihih

            Syok!!!!!
  • RESEPI RED VELVET CAKE -MOIST
  • Sumber : Nurul@Cakes2U
  • Red Velvet Cake by annaqawina.blogspot
    Bahan-bahan                                                                                 A:
    300 g tpg gandum
    2 camb serbuk koko
    2 camt baking powder
    1 camt soda bicarbonate
    1 camt garam
    B:
    125 g mentega tawar*Ana guna buttercup
    280 g gula castor
    C:
    2 biji telur (gred B)
    D:
    1 camt esen vanilla
    1 camt cuka putih @cuka kurma
    1 camb pewarna merah
    E:
    240ml buttermilk (Campurkan 1 cawan susu segar @ susu cair dengan 1 sdb cuka. Biarkan sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.)

     CARA-CARA:
    Ayak (A)-ketepikan
    Pukul (B) sampai kembang & ringan.Masukkan (C) satu persatu dan pukul lagi
    Masukkan (D)-pukul hingga sebati
    Masukkan tepung yg diselang seli dgn buttermilk-pukul hingga sebati.
    Alas & gris loyang saiz 9" dengan baking paper. Tuang adunan kek dan bakar hingga masak.
    Atau masukkan adunan dalam acuan cupcake sebanyak 1/2 cup sahaja dan bakar pada suhu 180c @ 15 ke 20 minit.
    Sejukkan dan hiaskan dgn cream cheese icing.

    RESEPI RED VELVET CAKE- GEBU
    Olahan : AnnaQawina
    Bahan -bahan : 
    5 biji telur gred B@4 bj telur gred A
    250 gram mentega beku tanpa garam
    *3 cawan tepung naik sendiri (Tepung gandum + 2 1/2 sdt baking powder)
    *3 sudu makan serbuk koko
    2 cawan gula kastor
    2 sudu makan pewarna oil base
    1 cawan buttermilk- kalau xde buttermilk blh tgk resipi kt bwh
    1 sudu teh garam- x letak
    1 sudu makan bicarbonate of soda @baking powder- Ana guna baking powder
    1 sudu makan cuka makan-Ana guna cuka kurma

    BUTTERMILK:
    1 cawan susu segar
    1 sudu makan cuka makan atau jus lemon  
     Cara :
    Satukan semua bahan dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan.

    CARA-CARA:
    1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
    2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
    3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
    4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
    5. dalam mangkuk buttermilk campurkan pewarna merah dan kacau sebati.
    5. Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
    6. Larutkan bicarbonate of soda/baking powder dan cuka kemudian tuangkan kedalam adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati guna senduk.
    7. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.

    ***********************************************************************
    RESEPI KRIM CHEESE :
    500 grm whipping cream-brand VIVO
    250 grm cream Cheese-brand Phillidephea
    60 grm gula icing
    110 grm butter
    2 titik lemon paste
    Cara -cara :
    Pukul whipping cream hingga kental. ketepikan
    Dalam bekas lain, pukul krim keju bersama semua bahan lain hingga berkrim.
    Satukan whipping cream tadi bersama krim keju, gaul sebati, boleh juga  pukul dengan mixer dengan kelajuan perlahan.
    Boleh digunakan untuk menghias kek anda

Punyalah malas yus nk menaip, Cnp jer dari blog anna..maaf yerk....2,2 resepi dah pernah cuba..ikutla selera masing2 kalo yus lebih suka yang gebu....hihiihihi

No comments:

Post a Comment