Thursday, 16 October 2014

Cotton Soft Japanese Cheese cake

Assalamualaikum..bertemu kembali, semalam tak sempat nak menyinggah kat blog, nak menambah, garam, gula lagi dlm blog ni, bzy + penat dan macam2 lagi...
Apapun kali ni saya sertakan resepi lagi..nak habiskan secepat yang mungkin koleksi yang saya simpan ni, orang lain dah post dah lama, saya baru nak kedek2 jalan itik nak mengepost..dah lama buat, tapi tulah baru tergerak hati nak berblog..betul2 ketinggalan zaman saya....apapun tujuan dan matlamat saya yang utama ialah agar masa depan anak2 saya dapat tengok balik aktiviti masakan mama diaorg , dan boleh jadikan panduan tuk diaorng..meh layan resepi sy..resepi ni saya ambil dari Azir kitchen..terima kasih kak Azie!!!!! :) Suker benor sy gunakan resepi dari kak Azie ni.....





Cotton Soft Japanese Cheesecake
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan

Bahan A:

250g cream cheese
50g butter
100 ml susu segar (fresh milk)
6 biji kuning telur
1 sdb jus lemon
1/4 sdk garam
60g tepung kek/tepung superfine
20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)


Bahan B:

140g gula (granulated sugar)
6 biji putih telur
3/4 sdk jus lemon

Cara-cara

Bahan A
Cairkan cream cheese, butter dan susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu tadi. Kemudian, campurkan tepung, tepung jagung, kuning telur, garam dan jus lemon ke dalam adunan cream cheese dan gaul hingga sebati.

Bahan B
Dalam bekas lain, pukul putih telur sampai berbuih buih (foamy). Lepas tu, tambahkan gula dan pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).

Campurkan adunan Bahan A tadi ke dalam adunan Bahan B yang dah gebu tu dan kacau sampai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci,(sy buat dalam bekas 11" x 4" , dpt 3 bekas yg gebu2 giler) yg digriskan bawahnya dan tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dalam tin kek.


Bakar kek pada suhu 160C dlm kira kira 1 jam, dengan cara bain-marie (waterbath).
(Saya bakar pd suhu 170C, ini bergantung pd oven masing2 yerk!!!!)


No comments:

Post a Comment