Assalam semua.....
Kali ni sy post tentang snow cheese pulak..rasenya ni kali pertama sy ambik tempahan snow cheese, gambar lama 2013 lagi.....Hasilnya superb...walaupun lapisan bawah ada cacat sikit sebab sy ni gelojoh sangat ..tak nyempat nk tunggu sejuk dulu baru bukak....
Kita layan resepinya dulu..tak rugi mencuba..ni antara hot item sale saya bila dah masuk 2014..
:)
* Kalau x silap sy, resepi ni sy mbik dari blog Rahel Blogspot.com
..terima kasih kerna sudi berkongsi resepi...
Kek Span Vanila
Sumber:Buku Resepi/Chef Noraini Zakaria
(A) Bahan:
120g gula kastor
10g ovalette
4 biji telur gred A
130g tepung kek}
1 sudu teh serbuk penaik}--(A) diayak
40g air
60g minyak masak/mentega cair
1 sudu teh esen vanila
Cara membuat:
1.Griskan acuan kek bulat berukuran 8'' atau 9''.Lapis dg kertas serap minyak.
Panaskan ketuhar pada suhu 180'C.
2.Satukan gula kastor.ovalette,telur & bahan (A) ke dalam mangkuk pengadun.Pukul dg
kelajuan perlahan untuk sebatikannya.Tukar kelajuan tinggi & pukul lagi hingga kembang
selama 5 minit. ke dalam acuan.Bakar selama 45 minit.6.Setelah masak,terlangkupkan agar ia tidak mendap. Selepas 5 minit,terbalikkan semula dan lorek tepinya dengan pisau dan keluarkan kek.
Biarkan ia sejuk.
3.Perlahankan kelajuan dan tuangkan air & esen
vanila.Pukul lagi dengan kelajuan tinggi
selama 5 minit hingga adunan ringan dan gebu.
4.Masukkan minyak atau mentega.Dikacau sebati..Tuang adunan ke dalam acuan.Bakar selama 45 minit.
selama 5 minit hingga adunan ringan dan gebu.
4.Masukkan minyak atau mentega.Dikacau sebati..Tuang adunan ke dalam acuan.Bakar selama 45 minit.
6.Setelah
masak,terlangkupkan agar ia tidak mendap.Selepas
5 minit,terbalikkan semula dan lorek tepinya dengan pisau dan keluarkan kek.Biarkan
ia sejuk.
(B) Krim
1) Cream Cheese 250gm (sy guna tatura )
2) Susu Penuh Krim
½ cawan
3) Cheddar cheese (Kraft)
Pukul cream cheese sehingga kembang, kemudian masukkan susu .
Pukul sehingga adunan sebati..dan bolehla disapu pada kek.
(C) Boleh diparut cheddar cheese i Kraft..dan beginilah rupanya..jeng..jeng..jeng.....
(D) Amatur punya keje..kikikiki..guna piping gel jer nak tulis....
No comments:
Post a Comment