Tuesday, 14 October 2014

Puding Karamel

Assalamualaikum.
Hari ni rase cam stress ckit kerja, penat!!!! otak banyak berfikir..apa2 pun disini saya letakkan satu resepi untuk tatapan sesiapa yang sudi, orang kata ilmu tak baik kedekut, entah esok lusa kita hidup atau mati semuanya di tangan Allah...apa yang saya guna didalam masakan saya , macam itulah saya post disini agar semua dapat berkongsi rasa yang sama....hehhehehe....
Jom kita layanzzzzz RESEPI NI!!!!!




Puding Karamel

A) Karamel

- Gula 1 cawam

B) Puding

a) Susu segar 1 liter ( sy lebih suka gunakan full cream kerana rassanya lebih lemak)
b) Gula 1 cawan
c)1 tsp esen Vanilla
d) Telur 8 biji (Grade A)

Bahan A
a) Masakkan A didalam loyang size 9" sehingga gula bewarna keperangan dan tutup api dan biarkan sementara.

Bahan B
b) Campurkan gula , esen dan susu dan dikacau diatas dapur dengan perlahan supaya gula hancur. Kemudian ditutup api.
c) Selepas itu Campurkan telur kedalam adunan susu tadi dengan dikacau perlahan supaya tidak berbuih.
d) Tapiskan adunan susu kedalam bekas karamel.
e) Bolehlah dikukus ata bakar secara steam bath suhu 170C selama 1 jam.
f) Biarkan sejuk, kemudian terbalikkan didalam bekas lain dan disimpan dilam peti sejuk beberapa jam.
g) Sedap dimakan sejuk-sejuk.

* Nota : saya telah lama menggunakan resepi ini, bertahun2, tetapi dengan hanya kukus, tapi kini saya lebih suka menggunaka bakar secara steambath kerna hasil puding karamel lebih pejal dan sedap...

Cubalah..pasti tak menyesal...resepi yang simple tapi hasil yang memberansangkan... :)


No comments:

Post a Comment